29 September 2014

#10 - Sale sale sale

Sabtu kerja.

Ahad kerja.



terlepas sale Aidijuma. takde hal lah. kadang-kadang rasa dah malas nak berebut untuk sehelai dua tudung. dah buat limit pun still ada yang beli banyak sebab bayar asing-asing banyak-banyak kali. kena buat sistem giliran bernombor agaknya lepastu sorang boleh beli sikit je. dalam group and fanpages Aidijuma pun bergaduh-gaduh, salah-menyalah. tak paham betul. tu belum lagi bergaduh berebut tudung tarik menarik bermasam muka masa pergi concept store. kadang-kadang heran jugak sebab ada yang fanatik gileerrrr sampai sanggup beli semua tudung yang relased padahal yang sedia ada pun tak habis pakai. 

aku yang tak beli semua design pun, ada lagi tudung yang aku tak sempat pakai. ada yang baru pakai 2,3 kali je sebab dok rotate tudung-tudung yang sedia ada jugak.


ni satu lagi fanatik. sebelum ni pernah dengar and tengok jer pasal skirt cantik from ashh & annas. tapi tak pernah la beli sebab mahal harganya. diluar kemampuan. aku pun tahu sekadar kawan-kawan di FB update pasal skirt ni. aku pun tak pernah la follow diorang ni kat FB/ Instagram. sekali out of no where, ada kawan yang gigih beratur pasal skirt ni. so aku pun sesaje la nak kirim. sekali amek ko, megasale kot. 2 helai jadi RM100 je. so aku pun kirim la 2 helai. kalau suruh aku beli sendiri, memang tak la. tak sanggup ok nak beratur berejam walaupun skirt tu murah. aku syak diorang start beratur lepas subuh gamaknya.

ohhhh, sebenarnya aku ada beberapa helai jer skirt. tapi semuanya end up beli, pakai sekali, pastu simpan tak pakai. susah nak beli skirt yang memenuhi citarasa aku. ada dua helai jer skirt kaler hitam yang aku dok pakai. tu pun sebab pakai gi office dengan baju korporat. satu tu mak aku beli, satu lagi aku tempah.

harap-harap skirt from Ashh & Annas ni memenuhi citarasa aku. dahlah minggu lepas pun baru beli skirt from IGShop kawan baik sendiri. so total bulan ni jer dah beli 3 skirt. ntah pakai ntah tidak.

Motif beli skirt?

dah bosan pakai jeans dan nak kepelbagaian gaya. asyik pakai seluar jer tak syok la plak. dah berusia banyak ni, rasa macam nak belajar pakai skirt la plak.


26 September 2014

#9 - Syoknya Cuti

amboi.... mentang-mentang semalam gaji, terus lupa kat blog. hik hik hik. sembang macam ada orang nak baca kan. hahaha. takpeeee. takde orang baca, diri sendiri jerla baca.

dua hari lepas amek cuti. saje jer nak perabis cuti ganti. kan weekend 2 minggu lepas sibuk dengan konvo dan kena kerja on weekend, so bolehla ambil cuti ganti. cuti ganti perlu dihabiskan dalam tahun semasa. kalau tak ambil, kira burn ahhh cuti. no no no. rugi sesangat.

makanya saya pun mengambil cuti untuk berehat-rehat sambil mengemas rumah sikit-sikit. sekali ambik ko, macam nak pengsan sakit pinggang lenguh satu badan dok mengemas rumah. mula-mula nak kemas dapur, pastu terus jadi mencuci dapur tahap menyental. even duduk rumah sewa aku still kemas macam rumah sendiri. bukan apa, tak selesa lah tengok lantai berminyak, dinding berdaki. tak syok nak masak. mata pun sakit. tidaklah aku menyental sampai bersinar berkilat macam rumah baru but still, aku kemas jadi bersih dan kemas.

habis kemas dapur, aku mengelap semua habuk-habuk di rak buku dan kabinet-kabinet yang ada. dah tu tukar cadar dan basuh sarung kusyen. cuaca plak mendung so cadar bilik tetamu aku hold dulu weekend nanti baru basuh. setel semua tu, marilah kita membuang sawang dan memvakum rumah. sebelum tu, kemas bilik belakang yang bersepah dengan toys Alya. lepas setel memvakum, mengemop pula. setel mengemop, kemas bilik tetamu plak.

lastly, bilik tidur sendiri tak sempat kemas. pukul 2.30 aku da terbaring kepenatan dan terus tidur. hahaha. seriously penat. tapi puas hati kemas sebab rumah nampak cantik tersusun kemas jeeee. even malam tu jugak bersepah balik dengan toys Alya tapi takpe lah. janji puas hati.

yang tak sempat buat, kemas bilik depan, lap semua tingkap dan cuci bilik air. cerita pasal bilik air, pagi tadi tangki toilet bowl aku boleh plak jatuh dan pecah. terkejut aku. dahlah time tu tengah masak. jatuh kena baldi. habis pecah baldi. nasib baik gak kena baldi, kalau kena direct ke jubin kompem jubin retak. tengok-tengok rupanya hook dia tu dah reput. nasib baik la jatuh time takde orang dalam bilik air. aku dah call tuan rumah, dia cakap petang ni nak datang tengok. so kita tunggu la petang ni macam mana.

dah lah esok kena datang jaga exam pukul 10 pagi- 1 petang. by 9.30 dah kena standby. lemah betul bila kena kerja weekend. dahlah sabtu ni nak kena gi pasar. stok bahan basah dah tinggal sikit. cukup untuk 4 kali masak je. ada 3 pek ikan senangin dan 1 pek sotong. setiap kali balik pasar, aku akan basuh dan siang udang, sotong, ikan siap-siap. then packkan dalam plastik bungkus lauk tu anggaran sekali masak. so takdelah kena defrost semua stok padahal nak goreng ikan kembung 2 ekor je. aku tak pack dalam bekas plastik/ tupperware sebab peti ais aku bahagian freezer tak banyak space. separuh dah reserved untuk stok susu Alya. bila da pack sikit-sikit dan siap cuci, siang apa semua, cepat sikit proses aku memasak masa weekdays. cuma apa yang aku perhatikan, udang kalau nak simpan, kena frozenkan sekali kulit, kepala, ekor semua, kalau siang siap-siap, dia jadi cepat lembik. nanti rajin aku snap gambar and tepek kat sini cara aku pack untuk tujuan penyimpanan.

hari ahad plak ada kelas part time. yang kelas part time takleh elak sebab itu dapat bayaran lain. tu pun aku kena mengajar sebab takde orang dah yang ajar subjek tu. sebab lagi dua orang tu mengandung. sorang da bersalin, sorang lagi tengah tunggu masa nak bersalin. so aku kena gantikan kawan aku yang tengah mengandung tu la. bila kena kerja weekend, tak larat sebab rasa macam takde cuti rehat. minggu depan dah raya haji so kelas yang next week aku terpaksa anjakkan ke ahad petang minggu ni. pagi 4 jam, petang 4 jam. malam sure pengsan.

harap-harap Alya tak cranky sebab kena duduk dekat rumah dengan ayah. dan harap-harap ayah pun tak cranky sebab kena duduk rumah je time weekend.

23 September 2014

#8 - Nak seribu daya


saya sendiri tidak percaya.

anda percaya?

sila percaya.

Bihun goreng putih for breakfast. Ayam goreng dan sayur buncis+carrot for Alya lunch.

Alhamdulillah.

22 September 2014

#7 - Blues sangat

hai semua.

minggu bermanja dah tamat. maka marilah meneruskan kehidupan secara nyata di alam realiti. ohhhh, wishlist makan di Shah Alam satu jer tertunai. lagi tiga kita tunggu next time balik pulak ye.

sibuk dengan segala macam aktiviti. lagipun banyak undangan makan-makan diterima maka tak sempat nak makan di tempat-tempat wishlist.

nasib baik Alya behave. bangun pagi nangis sekejap je sebab kena naik kereta pergi school. sampai school terus ceria nampak teacher terus mintak dukung. selamat di situ.

meneruskan kehidupan biasa sambil menghitung hari menunggu weekends. choiiii. tak motivasi langsung hari Isnin dah fikir nak cuti. no no no no no.

ehhh, kalau nak kira hari gaji aci tak? hihihi.


19 September 2014

#6 - Seminggu

Ayam penyet 

Chineese Food

Yong Tau Foo

Carls Jr


Minggu ni balik Shah Alam nak hantar emak dan bapak sayang so wishlist makanan adalah wajib. My parents ada di Penang sejak last week demi menjaga cucu manja kesayangan mereka kerana emak kepada cucu kesayangan tersebut dikehendaki bekerja pada hari minggu kerana majlis konvokesyen. 

Seminggu saya tak basuh dan jemur baju.

Seminggu saya tak memasak langsung.

Seminggu emak melayan anak perempuan dia dengan masak ikut permintaan beliau.

Seminggu saya dapat bangun pukul 6.30 pagi.

Seminggu jugaklah Alya ponteng school.

Seminggu duduk rumah manja-manja tidur atas riba.

Seminggu yang sangat seronok.

Seminggu saya dan Alya dimanja oleh atuk dan nyai.

Moga-moga minggu depan kami berdua tak cranky secara berduet.

Sekian. 

17 September 2014

#5 - Konvo oh konvo

Gambar rawak yang diambil daripada facebook student. Enjoice!


















Congratulations Dear Students! :D

13 September 2014

11 September 2014

#3 - Must Read : Vaccinations Issuess

from medical practitioner.

blog Dr. Halina : Vaccinations

from the view of father.

blog Hamka, Kereta Mayat : Kenapa Ada Ibu Bapa Menolak Vaksin 

******

vaccine issuess ni jadi sangat  popular nowadays. taktaula kalau dah lama popular cuma i jer yang baru tau. almaklumlah, baru ada anak kan.

cari. baca. fahami. dalami. ask professional. istikharah.

then baru amek keputusan. jangan percaya membuta-tuli. jangan baca from one source and percaya bulat-bulat. think wisely. jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang. just because u saw someone taking a picture of 'surat taknak vaksin' at facebook, u simply choose to follow their steps.

i know, this issues is one of the sensitive issues  for all parents. same goes to either to breastfeed or give formula milk, to give homemade foods or to buy the instants, to wear cloth diapers or disposable diapers. the discussion (read:fighting) will never ends.everything has their own pro and cons. don't judge other parents just because they choose the other paths from yours.

its just because we as a parents want the best for us and our child's. but seriously, we're adult now (dah jadi mak pak dah punnnn). be matured. don't be so emotional and obsessive. you have your own ways to raise your child, so do other parents.

either u want to vaccinate or not vaccinate ur child, its your choice. your own decision. your child.

remember, apa pun yang kita lakukan, kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. vaksin itu salah satu usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan.

and yeah, i choose to vaccinate my Alya. and my future child's too. insyaALLAH.

10 September 2014

#2 - Aktiviti weekends

Tangkapan weekend lepas di Market Bukit Mertajam. seriously murah sangat harga ikan kat sini. giler sekejap. rambang mata wehhh. 


Siakap 2 ekor - 1kg++
Ikan merah 1 ekor - 7oogram
Kembong 6 ekor - 1/2 kg
Udang - 1/2 kg
Sotong - 1/2 kg

Cer teka berapa semuanya??????

Cer teka.

Cer teka,

RM50 jer semua ni. ye uollssss. manalah tak seronok rambang mata memilih. ikan cantik-cantik, fresh lagi, murahhhh plak tu.

Dengan semua ikan-ikan ni, cukuplah stok bahan mentah untuk 2 minggu. Selalunya saya akan top up dengan seekor lagi ayam so that boleh rotate lauk. 

Banyak?

Memang la banyak. Saya rajin masak. puji diri sendiri jap. hihihi. saya masak for breakfast dan dinner. lagipun Alya still bawal bekal lunch to nursery and dia sangat-sangat suka makan ikan. so, sementara Alya nak makan ni, memangla kuatkan semangat dan rajinkan diri masak setiap hari,

lagipun, masak sendiri lebih jimat, bersih dan sedap. yang penting, kena rajin dan kuat semangat. 

08 September 2014

#1 - Untuk kesekian kali

Tutup blog lama, bukak blog baru. memang hobi agaknya.

***

Tidak tahu masihkah ada yang sudi menjengah. yang masih sudi membaca.

Masih mencari-cari arah tuju penulisan blog.

Jika dulu, menulis tentang keluarga sayang, kawan-kawan, zaman belajar,

Kemudian beralih ke perihal kahwin-kahwin.

Akhirnya, menulis tentang anak dan kehidupan.

Mungkin sekarang akan menulis tentang keseluruan kehidupan.

Sedikit tentang pengalaman lalu. Sedikit tentang kerjaya pilihan. Sedikit tentang anak, suami dan keluarga. Sedikit tentang kehidupan seharian. Sedikit tentang perancangan masa hadapan.

***

Yang pasti, semoga rajin mengupdate blog.

Doakan ya.

***

Cinta hati saya. 1 tahun 10 bulan.