10 September 2014

#2 - Aktiviti weekends

Tangkapan weekend lepas di Market Bukit Mertajam. seriously murah sangat harga ikan kat sini. giler sekejap. rambang mata wehhh. 


Siakap 2 ekor - 1kg++
Ikan merah 1 ekor - 7oogram
Kembong 6 ekor - 1/2 kg
Udang - 1/2 kg
Sotong - 1/2 kg

Cer teka berapa semuanya??????

Cer teka.

Cer teka,

RM50 jer semua ni. ye uollssss. manalah tak seronok rambang mata memilih. ikan cantik-cantik, fresh lagi, murahhhh plak tu.

Dengan semua ikan-ikan ni, cukuplah stok bahan mentah untuk 2 minggu. Selalunya saya akan top up dengan seekor lagi ayam so that boleh rotate lauk. 

Banyak?

Memang la banyak. Saya rajin masak. puji diri sendiri jap. hihihi. saya masak for breakfast dan dinner. lagipun Alya still bawal bekal lunch to nursery and dia sangat-sangat suka makan ikan. so, sementara Alya nak makan ni, memangla kuatkan semangat dan rajinkan diri masak setiap hari,

lagipun, masak sendiri lebih jimat, bersih dan sedap. yang penting, kena rajin dan kuat semangat. 

No comments:

Post a Comment