28 January 2015

#44 - Semangat Kerja

macam-macam idea dalam kepala.

macam-macam nak buat.

program persediaan projek tahun akhir yang fokus pada pengaturcaraan.

program penulisan berkualiti so takdelah hantar report copy paste senior.

program site-visit ke industri yang berkaitan.

program lawatan ilmiah untuk jadi penanda aras pelajar terutamanya sewaktu pembentangan projek tahun akhir (politeknik lain dan universiti) dan juga peluang melanjutkan pengajian. (universiti)

program team-building dengan staf-staf jabatan.

biasalah awal tahun. semua pun semangat. 

semoga kekal bersemangat hingga ke akhir tahun dan sampai pencen. 

insyaAllah.

26 January 2015

#43 - Menjaga Hati

Perkara yang sukar adalah menjaga hati orang lain.

End up, hati sendiri yang terluka.

Budak-budak ni, tak fikir masa depan ker apa?

Banyak sangat alasannya.

Kalau tak ambil peduli, nanti fail paper, kena mengadap lagi sem depan.

Bila ambil peduli, dia buat tak peduli apa kita cakap.

Apa yang patut buat yer??

21 January 2015

#42 - 3rd Anniversary


Semoga ALLAH swt memanjangkan jodoh kami.

Merahmati perkahwinan kami.

Melimpahkan rezeki kepada kami

Memberikan zuriat yang soleh dan solehah.

Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah

AMIN

12 January 2015

#41 - 40 Cara Untuk Selamatkan Wang Anda oleh Azizul Azli Ahmad

SELAMATKAN WANG ANDA


Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam

*************


InsyaALLAH. nanti saya nak olah satu-satu. tahun 2015 ialah tahun berbelanja ikut keperluan. jimat selagi boleh. simpan selagi mampu.

05 January 2015

#39 - Perbelanjaan Rumah RM300 Sebulan #4

tiada yang mustahil. alhamdulillah, misi RM300 sebulan untuk barang dapur tercapai jua. yang penting kena pandai atur perbelanjaan disamping pandai mengawal nafsu membeli. nak lagi jimat, bila teringin nak makan apa-apa, cuba untuk masak sendiri makanan tersebut.

bagi aku la kan, paling susah nak kawal perbelanjaan adalah apabila pergi ke market. aku plak jenis pergi market lepas subuh. selalunya pukul 7 dah keluar rumah. paling lambat pun pukul 8. kat market plak, harga boleh tahan murahnya dan semuanya fresh lagi. memang la geram rasa nak beli berkilo-kilo.

sabar atiqah, sabar.

kebetulan khamis lepas, cuti new year, kitorang pergi market. masa tu dah lewat. dalam pukul 10 lebih da. seriously, ikan habis kot. aku ingat nak beli siakap nak masak stim. tinggal yang dah tak cantik je. ikan macam jenahak, merah, semua tinggal yang besar gila macam tak logik nak makan berdua. ikan kembung tinggal sikit-sikit je. beli la sekilo sebab takde ikan lain yang berkenan di hati dan dimata. sotong ok la. udang tinggal yang kecik-kecik je. so far, harga seafood maal minggu lepas. beza rm2-rm3 dari sebelum ni. mungkin faktor cuaca so bekalan kurang.

harga ayam rm7.00 sekilo. maintain je kot. tapi 2 bulan lepas harga rm8.00. kira ok la. yang pasti, next time kena datang awal. datang lambat memang la orang tak ramai, nak membeli pun tenang, tapi memang tak banyak pilihan la. tak syok. good side is, boleh menjimatkan belanja sebab takla rambang mata. hahaha.

aku tak harap yang harga barang akan turun selepas penurunan harga minyak, cuma aku harap, tiada peningkatan mendadak dan drastik pada barang-barang keperluan harian. 

pasal GST aku taknak komen. sebab menteri cakap takkan ada kenaikan harga selepas GST dilaksanakan.

01 January 2015

#38 - Pesan Atuk


Masuk habuk. 

Bergenang air mata. 

Sayang Atuk. 

Semoga atuk dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.