bagi aku la kan, paling susah nak kawal perbelanjaan adalah apabila pergi ke market. aku plak jenis pergi market lepas subuh. selalunya pukul 7 dah keluar rumah. paling lambat pun pukul 8. kat market plak, harga boleh tahan murahnya dan semuanya fresh lagi. memang la geram rasa nak beli berkilo-kilo.
sabar atiqah, sabar.
kebetulan khamis lepas, cuti new year, kitorang pergi market. masa tu dah lewat. dalam pukul 10 lebih da. seriously, ikan habis kot. aku ingat nak beli siakap nak masak stim. tinggal yang dah tak cantik je. ikan macam jenahak, merah, semua tinggal yang besar gila macam tak logik nak makan berdua. ikan kembung tinggal sikit-sikit je. beli la sekilo sebab takde ikan lain yang berkenan di hati dan dimata. sotong ok la. udang tinggal yang kecik-kecik je. so far, harga seafood maal minggu lepas. beza rm2-rm3 dari sebelum ni. mungkin faktor cuaca so bekalan kurang.
harga ayam rm7.00 sekilo. maintain je kot. tapi 2 bulan lepas harga rm8.00. kira ok la. yang pasti, next time kena datang awal. datang lambat memang la orang tak ramai, nak membeli pun tenang, tapi memang tak banyak pilihan la. tak syok. good side is, boleh menjimatkan belanja sebab takla rambang mata. hahaha.
aku tak harap yang harga barang akan turun selepas penurunan harga minyak, cuma aku harap, tiada peningkatan mendadak dan drastik pada barang-barang keperluan harian.
pasal GST aku taknak komen. sebab menteri cakap takkan ada kenaikan harga selepas GST dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment