04 November 2014

#25 - Perbelanjaan Rumah RM300 Sebulan #2

tutup buku Oktober 2014 dengan over budget.

total spending RM357.15.

ok. over budget.

tapi takpelah. so far alhamdulillah masih terkawal. over budget pun sebab haritu teringin nak makan lasagna. kos untuk buat lasagna kan mahal so memang patutlah over budget disitu. shopping barang-barang buat lasagna pun dah RM40++.

yang penting, memang puas hati, puas tekak, puas perut dapat makan lasagna,

bagi aku, semua perkara bermula dengan diri sendiri. nak atau taknak, diri sendiri yang tentukan. nak susah ke, nak senang ke, nak penat ke, nak rehat, apa-apa jer la. semua kat diri sendiri. kalau taknak berusaha memajukan diri sendiri, toksah dok bising kalau kehidupan kita masih ditakuk lama.

nak kata aku pandai masak pun tak jugak. aku tak pandai masak, aku cuma reti masak. kadang-kadang aku masak tak sedap gak. terlebih asam jawa la, terlebih garam la, terlebih gula la, terlebih belacan la, macam-macam la. sampaikan aku buat sambal untuk masak ikan cencaru sumbat tu, terover masam sampai rasa macam pes tomyam pun ada. hahaha. tapi husband aku okey jer. dia makan je. takkan nak buang pulak. rezeki tu.

dulu pensyarah aku kat universiti pernah cakap lebih kurang camni,

"tiada satu pun makanan yang halal dan bersih didunia ni yang tak sedap. semua sedap. sebab makanan tu semua rezeki yang ALLAH swt berikan. cuma kita jer yang boleh menentukan sedap atau tidak makanan itu. itupun, tekak orang lain-lain. ada kata sedap, ada kata tak sedap, ada yang kata biasa-biasa."

terdiam. sampai sekarang aku ingat kata-kata Puan Anita, pensyarah Tamadun Islam masa zaman belajar dulu.

kita semua ni hidup dengan belajar. its a learning process yang sentiasa terjadi, sentiasa berlaku. ianya berlaku di sekeliling kita. kita belajar from everything around us. tak pandai takpe, yang penting kita mahu belajar. jangan malu untuk belajar. kalau keep on bagi alasan, sampai bila-bila pun kita takkan tahu dan takkan pandai.

cara aku, beli buku resepi. adalah 2,3 buku resepi kat rumah. kadang-kadang aku refer buku, kadang-kadang aku refer internet. korang google jer resepi apa korang nak, beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu resepi korang dapat. pandai-pandailah korang olah supaya sesuai dengan tekak korang dan apa bahan-bahan yang ada kat rumah tu.

yang penting, usaha dan rajin. usaha tangga kejayaan,

macam moto sekolah rendah plak kan.

satu lagi yang penting, kawal perbelanjaan sendiri dengan mengawal nafsu membeli diri sendiri.

insyaALLAH kita boleh lakukan.

No comments:

Post a Comment