03 December 2014

#33 - Alya dan Car Seat

anak dan carseat. perlu ker car seat ni? penting ker? elok sangat ke?

bagi aku, yes! sangat perlu, sangat penting.

setiap pagi aku hantar Alya ke taska dan petang pulak, ambil di taska. aku drive sendiri, seorang. so, aku perlukan car seat. yerla, takkan la nak letak je kat seat sebelah aku tu. baby 3 bulan kot. buatnya ter'emergency' brake, tak ke melambung anak aku?

enforcement untuk penggunaan car seat kat Malaysia belum ada lagi rasanya. kebanyakkan orang Malaysia pangku anak bila dalam kereta. aku pun sama. tapi kadang-kadang.

Alya ada habit suka menyusu bila masuk dalam kereta. kecuali bila aku yang drive la. kalau orang lain drive, memang dia nak menyusu even sebelum naik kereta dah menyusu. kalau aku drive, dia tak heran pun nak menyusu. aku rasa dia dapat habit ni sebab aku dah terbiasa menyusukan dia dalam flight. itupun sebab nak kurangkan ketidakselesaan dia sbb bila naik flight kan nanti telinga berdengung.

sekarang, dikala umur Alya 2 tahun 3 minggu, carseat masih lagi ada di tempat duduk hadapan kereta aku. dan Alya masih setia duduk di dalam carseat bila aku memandu. ramai yang melahirkan kekaguman sebab aku berjaya didik dan latih Alya untuk duduk dalam carseat even dah umur 2 tahun. tak payah nak kagum sangat sebab bila Alya cranky, mengamuk jugak bila letak dalam carseat tu. tapi dia lebih banyak kali behave dan duduk daripada cranky dan mengamuk.

macam mana aku latih Alya?

Alya start duduk dalam car seat sejak dalam pantang. aku buh bantal dan letak dia dalam tu. sambil-sambil goyangkan car seat tu. aku tak beli infant car seat sebab boleh pakai setahun je. aku pinjam abang aku punya dan abang ipar aku punya. satu letak dalam kereta, satu letak kat rumah. apa yang aku perasan, masa kecik dulu, Alya tak kesah duduk car seat cuma dia nak ada teman kalau letak car seat kat belakang.

ni masa kenduri akikah. aku tak buat pelamin berendoi bagai. buh dalam car seat je. Alya umur 2 bulan masa ni.

waktu umur 3 bulan. tak ingat pergi mana masa ni.

umur 4 bulan. masa ni pergi cameron highland.

umur 6 bulan, mak aku @ nyai Alya belikan carseat baru. yang ni sesuai dari newborn sampai umur 4 tahun.

umur 8 bulan kot waktu ni. 

umur 11 bulan. memang suka ajak main. so aku bawak toys yang mudah nak handle.

sekali sekala, car seat ni jugak jadi seat VIP dia kat rumah mak.

ni waktu gi cameron highland. masa ni kereta tak moving. tengah berenti kat mana ntah tak ingat.

cabaran utama?

well, anak mengamuk dalam car seat memang biasa. tabahkan hati, kuatkan semangat. kalau korang rasa anak mengamuk menangis macam kena dera itu menyeksakan, korang tak rasa lagi masa Alya mengamuk atas Jambatan Pulau Pinang. yeeee, atas jambatan yang tak boleh nak berhenti pun. dan waktu malam, dan jalan jem. pakej terbaik okehhhh. ohhh myyyy. At last, aku berhenti jugak kat perhentian kecemasan dan susukan Alya. nasib baik peronda jambatan tak datang hulurkan bantuan. kalau tak, nak jugak aku suh dia drive kereta aku sampai rumah. hahaha.

baru lepas mengamuk. akhirnya tidur keletihan

cabaran lagi satu, Alya tak suka pakai strap seatbelt tu. yang dekat peha tu dia okey, cuma tak suka yang kat bahu tu. mula-mula dia okey, lama-lama bila dia dah start cari position nak tidur, mulalah keluarkan tangan. dia dah lena, aku pakaikan betul-betul strap tu. tapi kadang-kadang tak berjaya pun sebab dia terjaga dan mengamuk ataupun dia berjaya keluarkan semula selepas tu. 

masa ni berjaya keluarkan sebelah tangan.

masa ni berjaya keluarkan kedua-dua belah tangan.

pernah tak Alya taknak duduk carseat?

pernah. tapi jarang. selalunya dia memang panjat sendiri duduk dalam car seat. mungkin carseat tinggi so dia dapat nampak persekitaran luar dengan jelas. ada  juga masa-masa dia nak duduk kat seat belakang tanpa car seat. kalau weekend yang balik Shah Alam, dan tak sempat tukar carseat, memang la hari Isnin tu akan ada drama swasta. dia taknak naik kereta kalau takde carseat. 

masa balik from shopping. mengantuk sangat letak jer terus sleep.

kena peluk sebab tak sihat. kasi chance.

lagi satu kalau dia tak sihat, memang dia nak kena peluk je. so selalunya aku akan peluk dia atas pangku. 

selain daripada tu, alhamdulillah Alya okey jer dengan carseat. bukan nak kata anak aku je yang baik, anak aku je yang behave. kadang-kadang anak aku pun buat perangai jugak. cuma setakat ni, masih terkawal dan Alya pun dah 2 tahun. kalau boleh, aku nak Alya duduk carseat sampai umur 4 tahun. 

No comments:

Post a Comment