24 December 2014

#36 - Aku Dan Pelajar #1

semester baru bermula. azam baru terbina teguh seiring dengan azam tahun baru 2015. 4 tahun di bumi Pulau Pinang. 4 tahun bergelar pendidik.

aku cintakan kerjaya ini. aku sayangkan anak-anak didik aku. cuma kadang-kadang, aku tewas dengan perasaan sendiri. aku menangis dek kerana keletah mereka.

semakin lama, aku melihat lebih ramai ibu bapa yang bersemangat berbanding dengan anak-anak. anak-anak endah tak endah. si bapa yang bersungguh-sungguh bertanya itu da ini. mengusung sehelai lembaran kertas beserta senyuman di bibir. tanda syukur dan seronok anak berjaya melanjutkan pelajaran.

tapi si anak, sekadar berpeluk tubuh di muka pintu. tiada langsung riak kegembiraan mahupun riak teruja di wajah. mungkin di dalam hati, tiada langsung keinginan untuk belajar. sekadar memenuhi impian dan harapan orang tua. bagaimana dengan perjalanan pengajiannya nanti?

kelas telah bermula sejak 3 minggu yang lepas. dek kerana masalah dengan vendor, komputer baru yang dinanti masih tidak kunjung tiba. kelas di makmal selama 11 jam tertangguh begitu sahaja. minggu pertama, flooring pun masih belum siap. minggu ke dua, sekurang-kurangnya sudah ada meja tanpa komputer.

dengan rasa semangat, aku berpesan kepada pelajar. mohon dibawa laptop ke kuliah. sekurang-kurangnya, dua orang satu laptop. lebih baik kalau setiap orang ada laptop sendiri. lebih mudah.

aku tahu, tidak semua mampu untuk ada laptop. maka, aku masih boleh menerima jika ada yang tiada laptop. tapi sekurang-kurangnya, duduklah disebelah kawan yang ada laptop. kalau tidak cuba menaip, sekurangnya anda melihat. ini tidak, duduk seolah-olah tiada apa-apa di belakang lab sambil bermain telefon bimbit.

bila di tanya, jawabnya, "tiada laptop, puan".

aku menjawab dalam senyuman, ingin bergurau tapi gurau yang bermaksud. "lain kali, bawaklah CPU awak. CPU bukan berat sangat pun. monitor boleh pinjam lab sebelah". bagi aku, tiada yang pelik membawa CPU ke lab. kawan-kawan aku dulu, ada yang bawa CPU ke lab.

jawapan yang diterima amat mengejutkan "kami takde PC puan". jawapan dengan senyuman gelak ketawa.

aku terdiam. muka pelik "kalau tiada laptop dan CPU, how you do your assignment? your lab exercise in case tak siap?"

dengan riak muka gelak ketawa "kami pergi cybercafe puan"

jawapan refleks "how do you study programming? buat exercise or tulis coding? u student IT. kena la ada PC with software yang u all study"

dalam riuh gelak keluar ayat seolah-olah tidak mampu nya mereka, betapa kayanya saya sebab saya mampu. nada seolah-olah mengejek. muak sungguh aku dengan alasan mereka.

jawapan aku senang "di saat saya mampu mengusung laptop, saya cuma ada telefon bimbit basic hitam putih yang hanya boleh call dan sms. sedangkan pada zaman itu, telefon bimbit sudah berwarna, ada camera dan boleh hantar mms. sedangkan telefon bimbit awak semua sudah canggih dan lebih mahal dari saya. ada yang punya hingga dua telefon bimbit. ada yang ada tab ataupun ipad. kalau awak mendahulukan pelajaran, awak akan memilih untuk membeli laptop instead of fancy new handphone. or at least, bought a netbook."

dan seperti biasa, kata-kata aku sekadar dibawa angin yang lalu. mereka langsung tidak ambil kisah. senyuman dan gelak mereka seolah mengejek aku. mereka lebih suka bersembang dan bergelak ketawa. sejujurnya, aku sedih. aku kecewa.

pendekatan apakah yang harus aku gunakan?

aku buntu.

Ya ALLAH, kuatkanlah semangatku.

No comments:

Post a Comment