Showing posts with label Business PartTime. Show all posts
Showing posts with label Business PartTime. Show all posts

17 November 2014

#28 - Pengedar Sabun Pencuci Jasmin7 di Pulau Pinang

Sabun pencuci JASMIN7 kini di Pulau Pinang.

permulaan baru. kecil-kecilan. saya merupakan pengedar sabun pencuci pinggan mangkuk dan sabun pencuci pakaian jenama JASMIN7. dijamin pekat dan menjimatkan. sesuai untuk kegunaan harian dirumah dan juga di kedai dobi anda. 


paling kiri: sabun pencuci pinggan mangkuk
lain-lain : sabun pencuci pakaian
sample size 500ml


 
botol 10 liter

Harga 10 liter cuma RM35.00.

4 pilihan haruman :
-PINK floral
-BLUE ocean
-PURPLE lavender
-GREEN apple

COD di sekitar seberang jaya, permatang pauh, perai, bandar perda dan sekitarnya. Lain-lain kawasan, boleh dipertimbangkan. caj penghantaran boleh dibincang.

boleh whatsapp saya 018-4708397 untuk order dan pertanyaan.

***

sabun ini memang saya guna dirumah. memang menjimatkan. satu tong boleh tahan sehingga 4bulan untuk sebuah keluarga kecil (suami, isteri, seorang anak umur 2 tahun). sabun ni wangi dan pekat. untuk washing machine 8kg, saya letak 1 hingga 1 setengah penutup botol saiz dynamo bergantung pada muatan pakaian dan juga jenis pakaian cucian. 

kalau nak cuba, whatsapp saya ye. :)

28 October 2014

#22 - Permulaan Baru

pernah tak korang rasa terlalu banyak perkara dalam fikiran? terlalu banyak sangat idea?

sekarang aku dalam fasa ni. terlalu banyak idea untuk berniaga dan untuk melabur. macam-macam yang aku nak jual. macam-macam yang aku nak labur. banyak yang aku cuba search pasal dua perkara ni. pro dan kontra. baik dan buruk. asas berniaga. asas melabur. mana yang cepat untung. mana yang berisiko. mana yang boleh cepat pulang modal.

bukan bermakna aku sudah bosan dengan kerjaya pilihan. bukan.

kerjaya pilihan masih kerjaya yang aku paling suka. 

kerjaya pilihan pertama.

*tarik nafas*

aku tidak akan kaya wang ringgit dan harta sekadar dengan kerjaya pilihan. aku tidak akan boleh bermewah dengan makan di restoran mahal dan membeli barangan berjenama. aku meneruskan kehidupan sesederhana yang mungkin. menyimpan sedikit untuk diri sendiri dan anak. meneruskan kelangsungan hidup dengan gaji setiap bulan.

aku tidak mahu kaya dengan wang ringgit dan harta. aku mahu kaya dengan ilmu. kaya dengan anak-anak didik yang berjaya. dan paling penting, aku mahu kaya dengan doa-doa yang dikirimkan oleh anak-anak didik. itu sahaja.

aku mahu berniaga sekadar untuk mendapat wang sampingan.

aku jual shawl. baru bermula. tidak sampai seminggu. alhamdulillah. sudah ada pembeli. walau baru 10% terjual, rezeki itu ada. sekarang, aku dalam proses untuk menjual sabun pencuci Jasmin7. khas untuk orang pulau pinang terutamanya di sekitar permatang pauh, seberang jaya, perai dan seberang jaya.

bertapak perlahan-lahan.

kalau ikutkan, aku tidak punya banyak masa lapang. tuntutan kerja 8pagi ke 5petang. kemudian bersambung di rumah. aku memasak setiap hari di rumah. kerja-kerja mengemas, suami uruskan. kami berdua dalam proses mencuba. test market. ambil untung kecil janji laku. janji barang jualan habis dijual. itu sahaja.


kalau berminat nak beli shawl halfmoon D-shape dan shawl halfmoon butterfly design, boleh lawat instagram mawaddah_clothe atau http://mawaddahclothe.blogspot.com/. tapi kat blog tak update lagi. tak sempat. kat instagram dah upload semua stok warna. boleh sms/whatsapp 018-4708397 atau email di mawaddah.clothe@gmail.com untuk order atau pertanyaan. aku cuba balas secepat mungkin. harga insyaAllah, mampu milik dan bersesuaian dengan kualiti.

aku masih baru. baru hendak bermula. 

doakan aku. :)