sekarang aku dalam fasa ni. terlalu banyak idea untuk berniaga dan untuk melabur. macam-macam yang aku nak jual. macam-macam yang aku nak labur. banyak yang aku cuba search pasal dua perkara ni. pro dan kontra. baik dan buruk. asas berniaga. asas melabur. mana yang cepat untung. mana yang berisiko. mana yang boleh cepat pulang modal.
bukan bermakna aku sudah bosan dengan kerjaya pilihan. bukan.
kerjaya pilihan masih kerjaya yang aku paling suka.
kerjaya pilihan pertama.
*tarik nafas*
aku tidak akan kaya wang ringgit dan harta sekadar dengan kerjaya pilihan. aku tidak akan boleh bermewah dengan makan di restoran mahal dan membeli barangan berjenama. aku meneruskan kehidupan sesederhana yang mungkin. menyimpan sedikit untuk diri sendiri dan anak. meneruskan kelangsungan hidup dengan gaji setiap bulan.
aku tidak mahu kaya dengan wang ringgit dan harta. aku mahu kaya dengan ilmu. kaya dengan anak-anak didik yang berjaya. dan paling penting, aku mahu kaya dengan doa-doa yang dikirimkan oleh anak-anak didik. itu sahaja.
aku mahu berniaga sekadar untuk mendapat wang sampingan.
aku jual shawl. baru bermula. tidak sampai seminggu. alhamdulillah. sudah ada pembeli. walau baru 10% terjual, rezeki itu ada. sekarang, aku dalam proses untuk menjual sabun pencuci Jasmin7. khas untuk orang pulau pinang terutamanya di sekitar permatang pauh, seberang jaya, perai dan seberang jaya.
bertapak perlahan-lahan.
kalau ikutkan, aku tidak punya banyak masa lapang. tuntutan kerja 8pagi ke 5petang. kemudian bersambung di rumah. aku memasak setiap hari di rumah. kerja-kerja mengemas, suami uruskan. kami berdua dalam proses mencuba. test market. ambil untung kecil janji laku. janji barang jualan habis dijual. itu sahaja.
kalau berminat nak beli shawl halfmoon D-shape dan shawl halfmoon butterfly design, boleh lawat instagram mawaddah_clothe atau http://mawaddahclothe.blogspot.com/. tapi kat blog tak update lagi. tak sempat. kat instagram dah upload semua stok warna. boleh sms/whatsapp 018-4708397 atau email di mawaddah.clothe@gmail.com untuk order atau pertanyaan. aku cuba balas secepat mungkin. harga insyaAllah, mampu milik dan bersesuaian dengan kualiti.
aku masih baru. baru hendak bermula.
doakan aku. :)
No comments:
Post a Comment