Alhamdulillah. selama aku menghantar Alya ke taska, tak pernah lagi ada isu-isu besar yang terjadi. setakat berjangkit selsema dan batuk tu lain cerita. memang kerap sangat lebih-lebih lagi masa umur dia bawah setahun. hampir setiap bulan ke klinik. warded sekali kat DEMC masa umur 11 bulan. itu sahaja.
pernah sekali Alya balik nursery ada kesan garisan merah macam berbirat dekat peha dia. aku amek gambar banyak-banyak. tunjuk kat husband. aku tanya teacher dia tapi teacher dia kata takde pulak kesan apa-apa. dia cakap esok diorang nak tengok kesan macam mana. aku risau, teacher dia pun risau. dah la masa tu teacher Nisya tu memang kesayangan Alya. teacher lain semua taknak nak teacher Nisya jeeee. esoknya bangun tidur aku tengok kesan tu totally hilang dan kes tu selesai kat situ.
after 2 weeks camtu, kesan garisan merah tu ada balik. tapi kali ni masa weekend and tak hantar Alya ke nursery. rupa-rupanya barulah perasan getah yang mencengkam hujung seluar tu yang menyebabkan kesan berbirat merah tu. mungkin getah tu ketat sangat cengkam kat peha Alya so meninggalkan kesan.
satu lagi kes yang kerap terjadi di nursery ialah anak kena pukul/cubit/gigit dengan kawan-kawan. Alya pernah melalui fasa menggigit. tapi tak lama dan tak kerap. dia pernah gigit aku 2,3 kali bila aku tak layan dia masa dok tengah buat kerja dapur or memasak. bila dia dah geram mintak dukung aku tak layan, nanti dia akan gigit peha aku. selalunya tindakan refleks aku ialah jentik pipi/ mulut/ bibir dia. bukanlah kuat tapi sekadar mengajar. selain dari aku, yang pernah kena gigit kakak sepupu dia, Insyirah. aku syak dia belajar menggigit dekat nursery daripada budak-budak lain.
kes gigit ni tak habis sekadar di rumah. akhirnya berjangkit ke nursery. perkara yang aku takutkan terjadi. Alya gigit kawan kat nursery. ohhhh myyyy. kali pertama, dia gigit Amru. Amru ni anak officemate aku, Kak Anis. bulat lebam kaler merah lengan anak orang tu kena gigitan Alya. dah la Amru tu putih melepak lagi la nampak kesan. sebab kena gigit, Amru dok main botol susu dia dan ambil bantal peluk dia. apalagi, kena gigit la jawabnya.
dan ianya tidak berakhir lagi. kali kedua lagilah teruk. Amru dan Aqil kena gigit dengan Alya. Aqil ni aku tak kenal siapa parents dia. diorang dua kena gigit kat belakang badan, Amru 2 bekas gigitan, Aqil 5 bekas gigitan. puncanya berebut mainan. haissshhhh. aku dengar urut dada. why u so garang Alya? ummi shame already. actually Alya, Amru dan Aqil ni geng baik kat nursery. main bertiga, makan bertiga. pendek kata, sorang tak tido, tiga-tiga tak tido la. memang geng baik la. tapi bila bergaduh, welll, Alya la yang selalu menang dan diorang berdua jadi mangsa. hahaha.
tu dua kali je Alya gigit budak kat nursery. last week, gilirang dia kena gigit/cubit. ada kesan sikit kat tangan dia. dia dok tunjuk kat aku sambil cakap ' kit, kit'. Alya belum boleh cakap, so sikit-sikit boleh la. paham la sikit-sikit. aku tanya sakit kat mana, dia tunjuk bekas gigitan/cubitan tu. aku tanya, siapa buat? dia sebut tah apa aku tak paham. then aku tanya lagi, Alya buat apa dulu kat dia? dia senyap kejap. pastu sebut 'kit, kit'. aku tanya lagi sekali, Alya buat siapa? Alya berebut apa? dia senyap, pandang aku, pastu terus gi depan main lego blocks. aku tau dah mesti dia buat orang lain dulu.
bila husband aku balik, aku cerita la kat husband aku. pastu husband aku plak tanya, sakit kat mana? terus dia tunjuk bekas tu sambil ngadu tah apa-apa. bila husband aku tanya, Alya buat apa sampai kena macam ni? terus dia buat taktau main benda lain. hahaha. nampak tak disini. aku takdelah tak kesian kat anak tapi aku tau anak aku macam mana. dia jenis taknak share barang-barang dia tapi barang-barang orang lain dia sibuk nak main jugak. lagipun dia pernah gigit anak orang. aku tau yang dia paham apa aku cakap so aku tanya dulu apa yang jadi.
bila hari Isnin, aku tanya teacher dia apa yang jadi, dan seperti yang aku jangka, diorang bergaduh berebut toys, so, sebab dua-dua taknak mengalah, budah sorang lagi tu gigit la Alya. pastu aku tanya, dia gigit balik tak budak tu? teacher cakap tak sempat sebab teacher sempat leraikan pergaduhan tu. rasa macam kelakar pulak bila teacher cakap camtu. hihihi.
tu jerla aku rasa kes yang besar pernah jadi kat Alya since Alya duduk nursery masa umur 3 bulan hingga sekarang nak masuk 1 tahun 11 bulan.
selain daripada tu, Alhamdulillah Alya dijaga dengan baik. nak kata sempurna perfect tiptop tu tidaklah. sedangkan aku jaga pun ada yang tak betul dan Alya pun kadang-kadang kena jentik jugak, inikan pula bila aku tinggalkan Alya dalam jagaan orang lain. aku tau dekat nursery Alya pernah kena marah, pernah kena 'time-out' bila dia buat perangai mengada-ngada, dan aku pernah pesan kat teacher dia untuk jentik sikit mulut dia kalau dia gigit anak orang (cuma aku tak pernah tanya sama ada teacher dia pernah jentik atau pun tak). setiap pagi aku hantar Alya dengan tak mandi, tapi tak pernah Alya balik dalam keadaan tak mandi. baju ditukar, lampin ditukar, rambut disikat dan ditocang so bagi aku, semua tu dah consider terbaik bagi aku.
aku cuba sedaya upaya untuk mudahkan teacher Alya. Alya masih minum susu badan so aku asingkan siap-siap susu dia cukup-cukup untuk sekali minum. Alya pakai cloth diaper so aku pastikan cloth diaper sentiasa cukup, wetbag dibekalkan dan teacher tak perlu buang/basuh najis Alya. aku sediakan foods untuk bekal Alya dari umur dia 6 bulan sampai sekarang setiap hari. daripada dia makan puri, ke bubur, ke nasi dan lauk-pauk, biskut, kek, hinggalah ke air kosong semua aku sediakan.
sekali sekala, aku bagi buah tangan untuk teacher Alya. tak perlu yang susah-susah pun. bila pergi kemana-mana, aku belikan jugak sedikit buah tangan. kadang-kadang coklat, kek, buah, keropok atau apa-apa yang senang.
aku tidak kata nursery anak aku terbaik tapi aku sentiasa berdoa Alya sentiasa dalam jagaan dan lindunganNya. berita bayi dan kanak-kanak didera dan dipukul kadang-kala menyesakkan dada dan fikiran. aku cuba positif dan berfikir yang baik-baik. selalu berdoa semoga Alya di dalam jagaan orang yang baik-baik, penyabar dan sayangkan kanak-kanak.
Alhamdulillah, Alya tidak meragam bila ke nursery. sebagaimana dia seronok dan gembira ke nursery pada waktu pagi (kecuali bila dia mengantuk/bad mood), sebegitu jugaklah dia seronok dan gembira melihat aku dimuka pintu nursery setiap petang. bak kata seorang teman,
"Biar kita penat jaga anak orang (student-student), harap nanti orang jaga anak kita baik-baik"
Amin.
No comments:
Post a Comment