09 October 2014

#14 - Perbelanjaan Rumah RM300 Sebulan

ekoran kenaikan harga minyak, ramai yang dok pung-pang-pung-pang kat alam maya. keyboard warrior sangat. aku taknak la tulis positif sangat sebab nanti orang kata aku keje gomen kaya raya, tak effect pun, nanti belanjawan gaji naik alhamdulillah jika benar. hidup perlu diteruskan. korang komplen banyak pun, bukan esok lusa harga minyak turun. kalau turun, alhamdulillah. kalau tak turun, korang still kena isi minyak kan. next election, korang decide la siapa korang nak pangkah. sementara nak tunggu election, meh aku nak share macam mana aku manage perbelanjaan dapur.

dulu, aku guna kaedah beli ikut suka hati dan tekak. takde budget pun. start bulan September, aku tersedar yang saving aku dah menyusut. saving aku setiap bulan mesti aku 'curi' balik bila akhir bulan. maka start September, aku guna kaedah sampul. masa tu kan lepas raya so banyak sampul duit raya Alya. aku asing siap-siap RM300 sahaja sebulan untuk beli barang basah, barang kering dan toiletries.

cukup ke RM300? 

bulan pertama over spend lebih kurang RM13. bulan kedua, nanti aku bagitau berapa over spend akhir bulan ni. cycle bulanan aku pada 25hb setiap bulan. 

macam mana aku manage? 

terangkan hati, lapangkan minda. jangan tanya how much my husband and I earn every months. remember, fokus aku sekarang ni nak share how to spend within budget untuk perbelanjaan rumah. tak kesahlah how much your salary is, yang penting how we spend our money.

Keluarga kecil. Suami, isteri, anak umur 1 tahun 11 bulan. Rumah di Taman Pauh Jaya, Perai, Pulau Pinang.

1. Beli apa yang perlu

inilah cabaran utama. aku pernah terfikir nak beli jer from Tesco Online so that aku klik-klik je nanti barang sampai depan rumah. takdelah aku terjebak dengan nafsu membeli sebab tengok barang murah semua nak beli. tapi sekarang aku slowly nak boikot Tesco so aku beralih ke Aeon Big/ Mydin. even Mydin terdekat letaknya 20km di Bertam kami still jugak pergi demi menyokong pasaraya tempatan. Pastikan sebelum pergi grocery shopping, siapkan list dulu. beli yang perlu sahaja, kehendak tolak tepi. 

2. Shopping list

Always, always, always ada shopping list before shopping dan ikut list tu masa shopping. shopping list aku ada yang penting, ada yang tak penting. aku jenis suka beli time murah dan simpan untuk stok, so kalau betul-betul murah, aku akan beli untuk stok. sebagai contoh, harini bukak Sunlight baru so dalam stok dah tinggal satu. bila pergi shopping, Sunlight tu bukan dalam high priority sebab baru bukak dan boleh tahan lama at least sebulan dan aku ada lagi sebotol in stock. tapi aku letak dalam shopping list in case ada murah. bila murah, aku akan beli banyak, before this aku beli sampai 3 botol sebab harga below RM4.00

3. Survey dan ingat harga

sekarang ni canggih tak perlu pergi setiap pasaraya survey harga. install je apps smart shopper dalam handphone canggih korang. takpun, pergi website setiap pasaraya yang berdekatan rumah korang dan download pamplet offer. bila korang boleh baca blog ni, aku assume korang semua ada access pada internet la ye. dalam apps tu dah lengkap dengan harga offer terendah yang pernah ditawarkan sebelum ni. barang-barang basah macam sayur, cili, ikan, ayam, daging tu, cuba memorize harga. kalau susah nak ingat, tulis dalam smartphone or atas buku.

4. Limitkan kekerapan ke pasar basah dan pasaraya

kita akan lebih kerap berbelanja bila selalu pergi ke pasaraya/ pasar. jadi, cuba limitkan kekerapan ke pasaraya/ pasar. kitorang hanya pergi pasaraya besar sebulan sekali dan pasar basah 2 minggu sekali. kalau rumah korang dekat dengan pasar borong, sila pergi pasar borong. even pasar borong tu ramai gila manusia, sempit, basah, lecak, kotor tapi percayalah amat berbaloi membeli di pasar borong. beza harga sangat banyak. untuk ikan, ayam, daging, aku beli stok 2 minggu. untuk sayur, beli untuk seminggu je. for alternate weekend yang kitorang tak pergi pasar borong, kitorang beli sayur di pasar pagi/ pasar malam yang lebih dekat dengan rumah. kalau terdesak, barulah aku singgah membeli di kedai runcit. mostly, harga kedai runcit memang mahal.

5. Masak di rumah

ye. dengan RM300 aku boleh masak breakfast and dinner setiap hari di rumah. dalam masa yang sama, bekalkan lunch untuk Alya. seriously, memang akan jimat banyak jika memasak. untuk dinner, ada satu main dish sama ada ikan/ayam/daging bersama dengan satu jenis sayur. if rajin, ada la menu sampingan macam telur, ikan bilis, tauhu. bagi aku, kita kena cuba kurangkan makan di luar sebab selalunya kita spend banyak on outside/takeout foods. 

6. Tulis setiap perbelanjaan

setiap kali pergi pasaraya/pasar/kedai, sila tulis atas kertas/handphone berapa banyak korang spend. ini penting untuk keep track perbelanjaan dan bole monitor kemana perginya duit korang.

7. Tulis jangkahayat penggunaan barangan/makanan

ini aku baru praktikkan. walaupun aku suka simpan stok, barang kering seperti beras/minyak masak/ tong gas aku tak simpan stok. setiap kali bukak beras baru, tulis date dibuka so korang boleh budget sekampit beras tahan berapa lama. same goes tu barang lain seperti tong gas, ubat gigi, detergen dan lain-lain. dengan cara ini, korang boleh keep track perbelanjaan bulanan.

8. Beli botol besar/kuantiti banyak/jenama murah

untuk barang pencucian, aku banyak beli di cosway bila ada offer bulanan. kadang-kadang beli 1, yang kedua dapat 50% less. beli 2, percuma 1. so kena selalu alert dengan offer yang ditawarkan setiap bulan. macam detergen, aku guna dynamo+downy, sebotol besar harga around rm20. sekarang aku bertukar ke jenama jasmin7 yang sekali beli 10kg botol besar. harga borong below rm30, isipadu 2kali ganda dynamo. so far, aku baru beli satu botol besar. cecair dia pekat dan wangi.

tu jer kot buat masa ni. nanti aku bagi tips macam mana nak simpan stok bahan makanan basah dan kering. dan juga tips penyediaan makanan setiap hari. 

No comments:

Post a Comment