*ini bukan entry berlagak, riak, takbur. ini sekadar penceritaan berdasarkan pengalaman sendiri. entry ini ditulis bersempena kenaikan harga minyak dan isu pinjaman PTPTN. konsep entry ini, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. harap maklum.*
zaman belajar diploma dulu, aku ditanggung sepenuhnya oleh emak dan bapa. zaman ijazah, aku ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. aku tak ambil PTPTN.
maka aku dikatakan ANAK ORANG KAYA oleh kawan-kawan aku yang ambil PTPTN.
tapi aku musykil.
aku beli jeans RM30 di kedai cina tingkat 1 depan escalator megamall kuantan tapi kau beli jeans di butik levi's ground floor megamall kuantan.
aku pakai handphone cikai sony ericsson T110 yang boleh sms dan call jer tapi ko pakai handpone canggih yang siap ada camera dan boleh hantar mms.
awal semester lepas dapat loan, ko berjoli jalan-jalan shopping-shopping kat KL. akhir sem, duit dah susut nak print assignment atau fotostat nota pun fikir sejuta kali. lepastu buat ayat, ko takpelah kaya, tiap bulan bapak ko masukkan duit.
dah habis belajar. ko bising sebab hutang PTPTN banyak sebab cas pengurusan. lepastu bising taknak bayar. nak free kan PTPTN. padahal masa nak meminjam dulu, gigih kehulur kehilir dengar taklimat sambil kepil fail besar gabak penuh berisi dokumen.
ko cakap kos sara hidup tinggi. ko takpelah, mak bapak duduk bandar. peluang pekerjaan banyak. kerja duduk rumah. makan free. sewa rumah free. bil api, air, internet pun free. kitorang kena bayar sewa rumah/ bilik. bayar bil. duit makan lagi. mana mampu nak bayar PTPTN.
aku terdiam.
da kerja ko beli kereta. nak memudahkan bergerak ke tempat kerja. tapi kereta ko lagi mahal dari aku yang anak orang kaya dan tiada pinjaman pelajaran. hujung minggu, berseronok di shopping complex sekitar ibu kota. tengok wayang, layan karaoke, pilih baju/kasut. upload gambar makan di restoran mewah, weekends treat katanya. sebab weekdays mampu tapau/makan kat kedai masakan siam tepi jalan je.
nak release tension katanya.
itu tak termasuk lagi majlis kahwin ko yang gilang gemilang. sewa dewan cantik dan mahal. takpun khemah sampai 10bijik. baju kawin ko designer yang reka. pelamin ko harga beribu ringgit. hantaran ko lengkap dengan segala barangan berjenama. bayar photographer je mungkin lebih RM3K. lengkap dengan pre-wedding post wedding. lepastu pergi honeymoon. dah pregnant, upah potographer buat maternity photoshoot. anak lahir, buat newborn photoshoot. lepastu majlis akikah anak gilang gemilang. cukup anak setahun, wahhhh, majlis harijadi taknak kalah. siap photographer bagai.
tarik nafas. positif.
aku kahwin semua serba sederhana. aku mampu pakai baju designer sebab makcik aku sponsor. mas kahwin aku 1 dinar emas. duit belanja yang suami aku bagi, aku bagi semua pada mak aku untuk buat kenduri. aku tau duit tu tak cukup tapi mak aku cakap takpe nanti dia topup. aku rasa majlis aku meriah dan nampak hebat sebab mak dan makcik aku yang uruskan. apa yang cantik dimata mereka, cantiklah dimata aku. apa yang mereka beri, itulah yang aku ambil. tak cerewet. kain untuk majlis nikah mak aku bagi. lace untuk majlis belah perempuan makcik aku bagi. aku cuma beli kain lining dan kain baju melayu. untuk majlis belah lelaki, aku pinjam baju kahwin makcik aku.
aku cuma bayar upah photographer, makeup artist, tempah baju nikah dan benda remeh-remeh macam sticker, riben-riben, thank you tag, button badge etc. yes, people will keep on saying, untunglaaa kahwin orang sponsor. tapi sebetulnya, kenduri kahwin aku dibuat semampu aku dan parents aku. itu sahaja.
takpe. korang boleh terus label aku anak orang kaya. aku tak kesah.
aku kan positif. sengih.
balik pada kos sara hidup bila berjauhan dengan keluarga. jauh melalut pasal kenduri kahwin.
aku terfikir, mungkin bila aku kerja jauh dari keluarga, mungkin aku juga terpaksa berbelanja banyak seperti mereka.
tapi bila aku duduk jauh, aku menyewa bilik di kondo yang tak serupa kondo. kemudian berpindah ke rumah tingkat 3 pangsapuri kos sederhana. apabila hendak berkahwin, aku berpindah ke rumah tingkat 2 flet kos rendah. setelah 4 tahun, barulah aku menyewa di rumah teres yang jauh lebih selesa daripada rumah terdahulu.
selama 2 tahun 10 bulan aku memanjat tangga rumah flet daripada aku bujang, mengandungkan Alya hinggalah Alya lahir dan saya mendukung pula anak bersama beg kerja, beg pam susu dan beg nursery Alya. sejujurnya kawasan rumah itu agak kotor. jangan tanya berapa kali aku jumpa tikus dan bangkai tikus di kawasan rumah itu. kalau hujan, air tempias akan bergenang di balkoni hadapan rumah dan bahagian laluan pusingan tangga. tiada lampu langsung di kawasan rumah flet tersebut yang berfungsi apabila malam. gelap gelita dari kawasan bawah tempat letak kereta dan hanya bergantung pada lampu jalan serta ehsan lampu depan rumah yang dipasang oleh jiran. aku bertahan kerana itu sahaja rumah yang mampu aku sewa dan alhamdulillah, tiada kejadian buruk pernah aku alami walaupun pada ketika itu aku kerap turun ke kereta pada pukul 2,3 pagi kerana menjemput suami dari stesen bas. berseorangan dan apabila ada anak, aku dukung anak di kesejukan pagi.
syukur Alhamdulillah. aku berkuat berdua bersama anak aku.
duduk sendiri, aku praktikkan ilmu memasak yang tak seberapa. aku bawak bekal tiap-tiap hari ke pejabat. kalau masak banyak, itulah menu breakfast dan lunch. jika sikit, lunch aku tapau sahaja di kantin. dinner aku dirumah, masak sendiri.
aku berhenti memasak ke pejabat apabila mula mengandung. alahan yang sangat teruk terutamanya diwaktu pagi. tidak berdaya untuk menghidu bau masakan sendiri. lagipun, aku berjauhan dengan suami.
selepas cuti bersalin, aku mula membawa bekal untuk breakfast selepas Alya berusia 6 bulan. lunch memang tapau dari kantin sebab aku perlukan makanan yang berat, nasi dan lauk-pauk kerana aku menyusukan Alya. aku bekalkan makanan untuk Alya setiap hari dari umurnya 6 bulan hingga sekarang umurnya 1tahun11bulan. aku memasak bekal untuk breakfast dan dinner hampir setiap hari.
terdiam.
aku pun seperti kamu. rakyat marhaen. kita perlu berubah. sikit-sikit pun takpe janji berterusan. aku tau nanti orang akan kondem aku. ko takpelah, anak sorang, rumah dekat dengan pejabat, bla bla bla bla.
stop blaming and stop giving excuses. please. please and please.
yang penting kita cuba untuk berubah. kalau tak boleh ubah banyak, cuba sikit dulu. yang penting mencuba. kalau korang keep on bagi excuses pun, masalah tetap tak selesai. aku tau korang tertekan. kadar inflasi semakin tinggi. kos hidup sampai tahap tak masuk akal. tapi dengan jadi keyboard warrior pun, masalah tetap takkan selesai. lebih baik korang usaha untuk tolong diri sendiri. kerajaan takkan tolong ko. except for BRIM la. itupun kalau ko layak dapat. kalau tak dapat, dok nganga jer la.
bagi aku, hutang tetap hutang. aku bersyukur sebab mak bapak aku mampu beri aku pendidikan percuma. aku tiada hutang yang besar. aku baru bebas dari hutang kereta dua bulan yang lepas. aim aku, duit yang aku guna untuk bayar loan kereta, aku nak simpan separuh, tambah duit bulanan parents dan topup saving untuk Alya.
kita kena ada peracangan. macam mana susah pun, hutang perlu dilangsaikan. aku sanggup untuk susah sikit supaya anak-anak aku senang in future. parents aku bagi free education so aku nak bagi yang sama untuk anak-anak aku.
tersenyum.
aku tidak minta korang untuk menyokong apa yang aku tulis. ini sekadar luahan rasa dan pendapat. cuma aku nak korang fikir. kalau bukan diri kita yang berubah, siapa lagi yang korang harap akan berubah
menteri? kerajaan?
entahlah. rasa macam da putus harapan. gaji menteri RM6500 diorang cakap sikit dan terpaksa ikat perut, sedangkan gaji marhaen RM2500 dikatakan cukup jika pandai urus, korang nilai dan fikirlah sendiri.
aku dah malas nak berharap.
No comments:
Post a Comment