07 October 2014

#13 - Alkisah Korban

salam aidiladha.

sudah kembali ke negeri mencari rezeki. Alhamdulillah perjalanan lancar pergi dan balik. tiada kesesakan luar biasa. cuma perjalanan pulang ke Melaka pada hari Sabtu penuh cabaran. jalan sesak teruk terutama selepas Nilai menuju ke R&R Seremban. sempat lagi kami berhenti padahal perjalanan dekat sahaja. lenguh kaki dan badan. mujur Alya tidur sepanjang perjalanan di carseat. mungkin penat kerana hari sebelumnya menempuh perjalanan Penang-Shah Alam. 

perjalanan yang selalunya mengambil masa sejam tiga puluh minit berganda menjadi tiga jam. kenaikan harga minyak tidak menghalang warga kota untuk pulang berhari raya. keluarga masih keutamaan. sanggup bersesak di lebuhraya berbayar semata-mata untuk bertemu keluarga tersayang. begitu tinggi nilai kekeluargaan dan kasih sayang dalam masyarakat kita. 

sesampai di kampung, sudah menginjak ke pukul 3 petang. makan tengahari baru terhidang. tersenyum lebar suamiku memandang gulai tempoyak ikan patin terhidang di atas meja. bertambah dua kali. untuk aku, cukup sekadar sambal daging. ya, sambal daging yang dimasak khas oleh makcikku untukku. yang tidak makan ikan sungai.

menginjak petang. kami keluar mencari lemang. sekadar ingin merasa lemang yang dimakan dengan rendang. raya aidiladha ini kami tidak membakar lemang. tidak cukup kakitangan sebenarnya. kemudian singgah ke kedai kek resepi rahsia menempah kek untuk harijadi adik kesayangan keesokkannya. 

malam, sekadar makan sambil berborak sambil melayan Alya.

hari raya pertama. menjamah makanan yang ada. nasi impit, kuah lodeh dan sup tulang. kemudiaan meraikan hari jadi adik bongsu. tengahari, menu nasi arab. saya dan suami bergegas pulang menuju ke rumah emak mertua untuk sambutan hari jadi anak saudara belah suami.


sesampainya di rumah emak mertua, menu hariraya sudah terhidang. perut minta diisi lagi. sekali lagi menjamu selera. kemudian, sekadar memerhati Alya bermain dengan sepupu-sepupunya.

Hari isnin, raya kedua, kami menuju ke kampung suami di Banting. ada majlis kenduri doa selamat kecil-kecilan dan majlis korban dua ekor lembu. selesai majlis sekitar 2.30 petang, kami pulang ke Shah Alam. mahu merehatkan badan dan melelapkan mata seketika. hajat dihati ingin pulang ke Penang sekitar jam 5 petang. 

dek kerana keletihan dan kain baju masih tidak sempat dikemas, kami bertolak ketika jam menghampiri pukul 6.00 petang. perjalanan lancar dan cuaca pun baik. Alya tertidur kepenatan ketika perjalanan baru menghampiri Tanjung Malim. lega rasanya kerana beliau tidak mengamuk. melalui terowong Menora dan lebuhraya berbukit yang bersimpang siur, hati sedikit risau. berdoa di dalam hati mudah-mudahan perjalanan di permudahkan.



Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah sekitar jam 10.15malam. mengangkat barang, berkemas lebih dan kurang dan menyediakan persiapan memasak untuk bekal Alya ke nursery. 

Hari ini, sudah kembali ke meja tempat mencari rezeki. InsyaALLAH akan kembali ke negeri tempat saya dan suami dibesarkan bulan hadapan. sejauh mana merantau, kami tetap berdoa semoga satu hari nanti, ada peluang dan rezeki untuk kami pulang ke kampung halaman. bukan tidak suka, bukan tidak seronok, tapi sejauh mana kami merantau, bandaraya Shah Alam masih kampung bagi kami. mudah-mudahan rezeki itu ada untuk kami. Amin.

p/s - entry sedikit formal dan baku. masih ber'mode' jiwang homesick hari raya.

No comments:

Post a Comment