31 October 2014

#24 - Tawaran Walk-In Masuk Politeknik KPM

[ Tawaran Walk-In Masuk Politeknik KPM ]

Sukacita dimaklumkan, pihak Politeknik Seberang Perai ingin mempelawa pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan seperti berikut:

1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
5. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
6. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Program di atas adalah seperti berikut:
   1. Warganegara Malaysia
   2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
       o Lulus Bahasa Melayu
       o Lulus Bahasa Inggeris
       o Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran berikut termasuk;
           - Matematik atau Matematik Tambahan
           - SATU (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
           - SATU (1) mata pelajaran lain

- Calon yang berminat boleh muat turun borang pada pautan berikut: https://www.dropbox.com/s/56ki293wd4r1sxe/BorangManualPSP.doc?dl=0
- Sila lengkap borang permohonan bersama salinan keputusan SPM dan kembalikan ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai ATAU melalui emel jhep@psp.edu.my.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada Jumaat, 14 November 2014 sebelum jam 4 petang.

Mohon bantuan YBhg. Dato'. Sri/Datuk/ Dato'/Datin/tuan/puan hebahkan melalui apa saja saluran komunikasi bagi membantu lepasan SPM yang layak tetapi masih tercicir mendapat tempat di IPTA. Ribuan terima kasih atas usaha ini.

30 October 2014

#23 - Aktiviti Hujung Minggu

dalam sebulan, selalunya kami balik ke Shah Alam sekali sahaja. sekali-sekala, bila ada urusan atau majlis penting, kami balik dua kali. sejujurnya, aku terlepas juga wedding cousin lelaki aku 2 minggu lepas. tidak dapat hadir kerana tuntutan kelas hujung minggu. nasib baik majlis belah perempuan. majlis bertandang bulan Disember nanti. insyaALLAH kami akan balik untuk meraikan mereka.



secara kasarnya, kami akan menempuh 3 kali hujung minggu di Penang. selain aktiviti rutin ke market membeli stok makanan segar dan juga pasaraya untuk membeli stok makanan kering, kami penuhi juga hujung minggu dengan aktiviti riadah.

yer la, kalau setiap minggu dipenuhi dengan acara menjelajah setiap ceruk tempat menarik disini ataupun mengukur jubin di shopping complex ataupun berebut tudung di butik Aidijuma, nescaya memang lari budget kami setiap bulan. kami hadkan juga masa untuk explore tempat-tempat baru ataupun berjalan-jalan di tempat-tempat popular dan menarik di sekitar Penang dan Kedah.

minggu lepas sekadar pergi ke kolam renang awam. ad-hoc planning. saje bawak alya main air.



sebelum ni kami dah pergi hingga ke Penaga dan Kuala Muda. kemudian ke Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. minggu ni perancangannya hendak mandi sungai atau air terjun. sejujurnya aku kurang berminat dengan sungai dan air terjun. mungkin sejak kecil kami lebih kerap ke pantai dan laut. lebih tepat, ke Port Dickson. hampir setiap tahun ke PD masa kecik-kecik dulu. tapi dah lama sangat tak kesana. seingat aku la, dah 8 tahun tak ke PD. lebih dari 8 tahun pun mungkin jugak.

aku suka pantai. bila belajar di pahang, aku kerap ke Teluk Chempedak. pernah juga beberapa kali buat BBQ dan aktiviti riadah dengan kawan-kawan di pantai Balok dan Cherating. selalunya, kami mandi-manda di pantai Balok. Teluk Chempedak lebih kepada tempat melepak dan rekreasi. kurang sesuai nak mandi manda.

tempat air terjun pun ada. air terjun Panching namanya. famous tempat tu. cantik dan bersih la jugak. ada la 2 kali kot aku pergi situ. aku tak tahan sejuk air sungai. menggigil sampai berlaga gigi. aku tak berani duduk dibawah terjunan air terjun. sebab airnya sejuk sangat. aku selalu main air tepi-tepi je.

walaupun duduk di Pulau Pinang, rumah aku kat belah seberang perai. kalau nak ke pantai, kena pergi Batu Ferringhi, situ cantik dan sesuai nak mandi tapi aku tak suka sebab tandas dan shower dia jauh. itupun milik kedai makan berdekatan. ada 3 shower sahaja. bila orang ramai, jenuh nak beratur.

suami aku plak lebih berminat dengan sungai. makanya, minggu ni kemungkinan besar kami akan ke Sedim di Kulim. kawan sekerja recommend cakap tempat ni cantik dan bersih,

so nanti kalau pergi, aku review ye.

esok tak cuti. esok keje. tapi dah berangan macam esok cuti. hahaha. :D

28 October 2014

#22 - Permulaan Baru

pernah tak korang rasa terlalu banyak perkara dalam fikiran? terlalu banyak sangat idea?

sekarang aku dalam fasa ni. terlalu banyak idea untuk berniaga dan untuk melabur. macam-macam yang aku nak jual. macam-macam yang aku nak labur. banyak yang aku cuba search pasal dua perkara ni. pro dan kontra. baik dan buruk. asas berniaga. asas melabur. mana yang cepat untung. mana yang berisiko. mana yang boleh cepat pulang modal.

bukan bermakna aku sudah bosan dengan kerjaya pilihan. bukan.

kerjaya pilihan masih kerjaya yang aku paling suka. 

kerjaya pilihan pertama.

*tarik nafas*

aku tidak akan kaya wang ringgit dan harta sekadar dengan kerjaya pilihan. aku tidak akan boleh bermewah dengan makan di restoran mahal dan membeli barangan berjenama. aku meneruskan kehidupan sesederhana yang mungkin. menyimpan sedikit untuk diri sendiri dan anak. meneruskan kelangsungan hidup dengan gaji setiap bulan.

aku tidak mahu kaya dengan wang ringgit dan harta. aku mahu kaya dengan ilmu. kaya dengan anak-anak didik yang berjaya. dan paling penting, aku mahu kaya dengan doa-doa yang dikirimkan oleh anak-anak didik. itu sahaja.

aku mahu berniaga sekadar untuk mendapat wang sampingan.

aku jual shawl. baru bermula. tidak sampai seminggu. alhamdulillah. sudah ada pembeli. walau baru 10% terjual, rezeki itu ada. sekarang, aku dalam proses untuk menjual sabun pencuci Jasmin7. khas untuk orang pulau pinang terutamanya di sekitar permatang pauh, seberang jaya, perai dan seberang jaya.

bertapak perlahan-lahan.

kalau ikutkan, aku tidak punya banyak masa lapang. tuntutan kerja 8pagi ke 5petang. kemudian bersambung di rumah. aku memasak setiap hari di rumah. kerja-kerja mengemas, suami uruskan. kami berdua dalam proses mencuba. test market. ambil untung kecil janji laku. janji barang jualan habis dijual. itu sahaja.


kalau berminat nak beli shawl halfmoon D-shape dan shawl halfmoon butterfly design, boleh lawat instagram mawaddah_clothe atau http://mawaddahclothe.blogspot.com/. tapi kat blog tak update lagi. tak sempat. kat instagram dah upload semua stok warna. boleh sms/whatsapp 018-4708397 atau email di mawaddah.clothe@gmail.com untuk order atau pertanyaan. aku cuba balas secepat mungkin. harga insyaAllah, mampu milik dan bersesuaian dengan kualiti.

aku masih baru. baru hendak bermula. 

doakan aku. :)

27 October 2014

#21 - Menu Seminggu #2

menu lauk pauk minggu lepas. nak seribu daya, taknak seribu dalih. ok. bai. 


ISNIN


.breakfast.
kuih goreng for Alya. nasi goreng sotong for husband and I
.lunch Alya.
ayam goreng, bayam+carrot rebus

.dinner.
ikan siakap 3 rasa, buncis+carrot goreng, telur masin 

SELASA

.breakfast.
bihun goreng
.lunch Alya.
ikan stim bersayur

.dinner. 
ayam panggang, kailan ikan masin

RABU

.brunch.
asam pedas, buncis+carrot+tauhu jepun masak sos tiram 

KHAMIS 

.breakfast.
fries for Alya. fries and sosej for husband. nasi goreng telur kicap for me.
.lunch Alya.
sup ayam bersayur

.dinner. 
ayam goreng kunyit, terung sambal berlada, sup suun+kentang+carrot

JUMAAT

.breakfast.
spaghetti bolognese meatball
.lunch Alya.
ikan goreng, buncis+carrot goreng

.dinner. 
ikan siakap goreng kunyit, terung sambal berlada.

SABTU

.breakfast.
tapau roti canai

.lunch.
majlis tunang kawan husband

.dinner. 
ikan goreng, kailan ikan masin, tauhu goreng+sambal kicap

AHAD

  .lunch. 
ikan cencaru sumbat sambal, taugeh+kucai+tauhu.

 .dinner. 
cook by husband
udang goreng tepung, ikan bilis+telur bawang lada, sup sayur campur

20 October 2014

#19 - Menu Seminggu #1

menu lauk pauk minggu lepas. nak seribu daya, taknak seribu dalih. ok. bai. 

ISNIN

.breakfast.
lasagna


.dinner. 
ayam goreng kunyit. bendi goreng. tauhu+pedal+hati goreng. sambal kicap

SELASA

.breakfast.
nasi goreng cina
.lunch Alya.
ayam masak lemak serai, buncis+cendawan butang+carrot goreng


.dinner. 
ikan goreng, terung sambal, buncis+cendawan goreng

RABU

.breakfast.
bihun goreng
.lunch Alya.
telur dadar, sup bayam

.dinner. 
asam pedas ikan jenahak, sawi bunga goreng. kicap cap kipas udang

 KHAMIS

.breakfast.
fries for Alya, kueyteow goreng meatball + sosej for me. sosej for husband.
.lunch Alya.
ikan goreng, buncis+cendawan butang+carrot goreng

.dinner. 
masak lemak ikan sardin, sambal ikan bilis, sup bayam

JUMAAT

.breakfast.
nugget for Alya. Nasi bukhari daging for husband and I.
.lunch Alya.
nasi bukhari daging

.dinner. 
leftover nasi bukhari and ayam bakar.


SABTU
kitchen close. gantung periuk.

AHAD


.lunch.
ikan cencaru bakar, sup bayam, kicap bawang lada.

.dinner.
same as lunch.

17 October 2014

#18 - Belas Kasihan

kelas terakhir semester ini.

kuiz 3 dan presentation project,

selesai presentation satu kumpulan ni, salah seorang pelajar datang berjumpa saya.

pelajar : puan, nanti markah lab exercise untuk ***** puan tolak ye. dia tak buat pun lab exercise tu.

pensyarah : tak buat? dia tak buat lab berapa?

pelajar : dia tak pernah buat puan. dari lab 1 lagi. project ni pun dia tak buat. sebab tu kitorang tak letak nama dia.

pensyarah : takkan dia tak buat langsung? awak bahagi tugas tak? dia tak tanya ke apa tugas dia?

pelajar : dia tak buat puan. jangan kata buat, tanya sikit pun takde puan. dia buat taktau je.

pensyarah : dah akhir sem baru nak cakap. awal-awal dulu nape tak cakap?

pelajar : ermmmm. kami kesian kat dia puan. dia anak yatim.

pensyarah : terdiam sebentar

pelajar : kitorang letak jugak nama dia. kot-kot la time project ni dia berubah. tapi sama je puan. kerja semua taknak buat. last-last, kitorang jugak kena buat.

pensyarah : takpe la camtu. tengokla nanti macam mana.

****

aku buntu. taktau nak react macam mana.

kalau korang? apa tindakan korang?

13 October 2014

#16 - Pasar Pagi, IBW Event, Kelas KSS & Masak Memasak

SABTU

Pagi lepas subuh, terus pergi pasar pagi. Topup stok ikan, ayam, sotong dan sayur. Pergi pasar kali ni habis RM70.90. Apa yang dapat dibeli? 

Seekor jenahak, seekor siakap, 2 ekor cencaru, 6 ekor kembong, 1/2kg sotong, seekor ayam dan 2 keping ayam bahagian whole leg. Untuk sayur-sayur, dapat bayam seikat, sawi bunga 2 ikat, daun kesum seikat, kailan seikat, kucai, kacang bendi, kacang buncis, cili merah, tauge,  tauhu 2 keping, santan sebungkus, telur 10 biji, telur masin 2 biji dan kueyteow sebungkus.

insyaALLAH cukup untuk stok 2 minggu.


ni semua freshfood yang aku beli. sayur-sayur semua dah simpan dalam peti. 


ready to store.

okey. ni pulak kaedah aku simpan semua fresh food dalam freezer. aku asingkan siap-siap dalam portion sekali masak. kemudian labelkan supaya senang nak cari. Stock apa yang ada dalam freezer aku tulis dan tampal kat pintu fridge. senang nak monitor. menu untuk seminggu pun aku tampal siap-siap so senang balik jer terus tau nak masak apa. takyah fikir-fikir dah. nanti aku snap gambar. lupa plak.

tengahari husband tolong masak ayam goreng kunyit dengan kangkung belacan. aku tidurkan Alya. kena cepat sebab pukul 2 nak pergi Quensbay Mall.  

Kenapa aku pergi Queensbay Mall? ini sebabnya. 


tujuan babywearing walk and gathering ni adalah untuk memupuk kesedaran tentang amalan menggendong anak, memudahkan pergerakan ibu, memupuk silaturrahim dan ada diajar cara mengendong yang betul.


ni waktu berkumpul.


ambil gambar dulu sebelum mula berjalan di dalam Queensbay Mall.



dua keping gambar ayah dan anak. ummi nya mana? 


ni hah ummi nye. tenggelam dalam timbunan wrap dan SSC. meroyan sekejap tapi berjaya kawal nafsu. hikhikhik.

*gambar semua courtesy tu mommy's yang upload picture dalam group Northern Babywearer.*

gathering tamat dalam pukul 6.00 petang. terus balik sebab nak singgah pasar malam. on the way, hujan plak so tak jadi la ke pasar malam. untuk dinner, ada lauk sikit lebih masa lunch dan aku goreng kueyteow goreng ala-ala chineese style. main belasah je nasib baik sedap.


malam tu jugak gigih men'strip wash' cloth diaper Alya. kena buat 3 round kot. satu round cover sahaja, satu round cd jenis AIO dan satu round lagi insert sahaja. tapi sempat stripwash cover dan AIO je. insert next week. cuaca tak berapa panas. alamak, lupa ambik gambar bukti. huhuhu.

AHAD

Pagi aku ada kelas KSS sampai tengahari. sebelum pergi kelas, aku dah tinggalkan breakfast untuk suami dan anak beserta 1001 macam pesanan untuk suami. hahaha. antaranya sambung stripwash CD Alya. satu round da setel semalam. satu round lagi kena mintak suami setelkan. lepastu minta tolong sidaikan semua CD kat luar supaya kena matahari walaupun cuaca tak berapa panas. then, aku dah siap-siap rebus daging untuk lunch.

balik jer dari kelas KSS terus susukan Alya. lepastu terus masak lunch. dah pukul 1 lebih. lapar gileee da ni. lauk lunch, sup daging, kailan ikan masin, tauhu goreng dan sambal kicap. 


lauk lunch. seikat kailan harga RM1 dapat sepinggan penuh sayur. 

lepas makan, mata dah layu. nak tidurkan Alya so aku boleh start dengan projek lasagna sebab petang nanti plan nak bawak Alya pergi swimming. tapi budak kecik tu taknak tidur la plak. aku sampai tertidur nak tunggu dia tidur. last-last aku buat jerla lasagna dengan Alya disisi. menguji kesabaran betul. petang pun hujan takleh nak bawak Alya pergi swimming.

selesai buat lasagna, kemas-kemas apa patut, tinggal setimbun periuk, kuali, pinggan semua kat sinki. suami ambil alih kerja mengemas. aku plak mandikan Alya sambil kemas-kemas CD Alya yang tak lipat lagi. lepas Maghrib, husband gi beli burger sebab teringin katanya. aku plak, dok buat macaroni bakar sebab ada kuah daging lebih buat lasagna tu malas nak simpan-simpan. makanya dinner malam semalam adalah lasagna, macaroni bakar dan burger tepi jalan.


dinner kami.

sambil dinner, sambil tengok MasterChef US.

ni first time aku buat lasagna. resepi pun refer internet je. Alhamdulillah jadi cuma white sauce tu kena cairkan sikit sebab likat sangat. mungkin terlebih letak tepung. sekali masak, dapat satu bekas kat bawah ni dan satu bekas sampan macam gambar atas. lasagna bekas yang da makan separuh tu. bekas besar ni, aku bakar pagi tadi. bagi husband buat bekal dan bagi Alya sikit buat bekal gi nursery. semalam dia makan banyak lasagna ni. suka la tu. 


yang lebih dalam bekas kaca ni aku bawak gi ofis. aku menyahut pesanan kawan ofis aku. dia cakap:

"bila beli makanan sedap, or masak sedap-sedap, kena bawak office. so takdelah gemuk sorang-sorang. kena bagi kawan-kawan pun gemuk sama."

hahaha.

apa-apa pun, Alhamdulillah kawan-kawan cakap sedap. 

10 October 2014

#15 - Siapa Yang Kaya?

*ini bukan entry berlagak, riak, takbur. ini sekadar penceritaan berdasarkan pengalaman sendiri. entry ini ditulis bersempena kenaikan harga minyak dan isu pinjaman PTPTN. konsep entry ini, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. harap maklum.*

zaman belajar diploma dulu, aku ditanggung sepenuhnya oleh emak dan bapa. zaman ijazah, aku ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. aku tak ambil PTPTN.

maka aku dikatakan ANAK ORANG KAYA oleh kawan-kawan aku yang ambil PTPTN.

tapi aku musykil.

aku beli jeans RM30 di kedai cina tingkat 1 depan escalator megamall kuantan tapi kau beli jeans di butik levi's ground floor megamall kuantan.

aku pakai handphone cikai sony ericsson T110 yang boleh sms dan call jer tapi ko pakai handpone canggih yang siap ada camera dan boleh hantar mms.

awal semester lepas dapat loan, ko berjoli jalan-jalan shopping-shopping kat KL. akhir sem, duit dah susut nak print assignment atau fotostat nota pun fikir sejuta kali. lepastu buat ayat, ko takpelah kaya, tiap bulan bapak ko masukkan duit.

dah habis belajar. ko bising sebab hutang PTPTN banyak sebab cas pengurusan. lepastu bising taknak bayar. nak free kan PTPTN. padahal masa nak meminjam dulu, gigih kehulur kehilir dengar taklimat sambil kepil fail besar gabak penuh berisi dokumen.

ko cakap kos sara hidup tinggi. ko takpelah, mak bapak duduk bandar. peluang pekerjaan banyak. kerja duduk rumah. makan free. sewa rumah free. bil api, air, internet pun free. kitorang kena bayar sewa rumah/ bilik. bayar bil. duit makan lagi. mana mampu nak bayar PTPTN.

aku terdiam.

da kerja ko beli kereta. nak memudahkan bergerak ke tempat kerja. tapi kereta ko lagi mahal dari aku yang anak orang kaya dan tiada pinjaman pelajaran. hujung minggu, berseronok di shopping complex sekitar ibu kota. tengok wayang, layan karaoke, pilih baju/kasut. upload gambar makan di restoran mewah, weekends treat katanya. sebab weekdays mampu tapau/makan kat kedai masakan siam tepi jalan je.

nak release tension katanya.

itu tak termasuk lagi majlis kahwin ko yang gilang gemilang. sewa dewan cantik dan mahal. takpun khemah sampai 10bijik. baju kawin ko designer yang reka. pelamin ko harga beribu ringgit. hantaran ko lengkap dengan segala barangan berjenama. bayar photographer je mungkin lebih RM3K. lengkap dengan pre-wedding post wedding. lepastu pergi honeymoon. dah pregnant, upah potographer buat maternity photoshoot. anak lahir, buat newborn photoshoot. lepastu majlis akikah anak gilang gemilang. cukup anak setahun, wahhhh, majlis harijadi taknak kalah. siap photographer bagai.

tarik nafas. positif.

aku kahwin semua serba sederhana. aku mampu pakai baju designer sebab makcik aku sponsor. mas kahwin aku 1 dinar emas. duit belanja yang suami aku bagi, aku bagi semua pada mak aku untuk buat kenduri. aku tau duit tu tak cukup tapi mak aku cakap takpe nanti dia topup. aku rasa majlis aku meriah dan nampak hebat sebab mak dan makcik aku yang uruskan. apa yang cantik dimata mereka, cantiklah dimata aku. apa yang mereka beri, itulah yang aku ambil. tak cerewet. kain untuk majlis nikah mak aku bagi. lace untuk majlis belah perempuan makcik aku bagi. aku cuma beli kain lining dan kain baju melayu. untuk majlis belah lelaki, aku pinjam baju kahwin makcik aku.

aku cuma bayar upah photographer, makeup artist, tempah baju nikah dan benda remeh-remeh macam sticker, riben-riben, thank you tag, button badge etc. yes, people will keep on saying, untunglaaa kahwin orang sponsor. tapi sebetulnya, kenduri kahwin aku dibuat semampu aku dan parents aku. itu sahaja.

takpe. korang boleh terus label aku anak orang kaya. aku tak kesah.

aku kan positif. sengih.

balik pada kos sara hidup bila berjauhan dengan keluarga. jauh melalut pasal kenduri kahwin.

aku terfikir, mungkin bila aku kerja jauh dari keluarga, mungkin aku juga terpaksa berbelanja banyak seperti mereka.

tapi bila aku duduk jauh, aku menyewa bilik di kondo yang tak serupa kondo. kemudian berpindah ke rumah tingkat 3 pangsapuri kos sederhana. apabila hendak berkahwin, aku berpindah ke rumah tingkat 2 flet kos rendah. setelah 4 tahun, barulah aku menyewa di rumah teres yang jauh lebih selesa daripada rumah terdahulu.

selama 2 tahun 10 bulan aku memanjat tangga rumah flet daripada aku bujang, mengandungkan Alya hinggalah Alya lahir dan saya mendukung pula anak bersama beg kerja, beg pam susu dan beg nursery Alya. sejujurnya kawasan rumah itu agak kotor. jangan tanya berapa kali aku jumpa tikus dan bangkai tikus di kawasan rumah itu. kalau hujan, air tempias akan bergenang di balkoni hadapan rumah dan bahagian laluan pusingan tangga. tiada lampu langsung di kawasan rumah flet tersebut yang berfungsi apabila malam. gelap gelita dari kawasan bawah tempat letak kereta dan hanya bergantung pada lampu jalan serta ehsan lampu depan rumah yang dipasang oleh jiran. aku bertahan kerana itu sahaja rumah yang mampu aku sewa dan alhamdulillah, tiada kejadian buruk pernah aku alami walaupun pada ketika itu aku kerap turun ke kereta pada pukul 2,3 pagi kerana menjemput suami dari stesen bas. berseorangan dan apabila ada anak, aku dukung anak di kesejukan pagi.

syukur Alhamdulillah. aku berkuat berdua bersama anak aku.

duduk sendiri, aku praktikkan ilmu memasak yang tak seberapa. aku bawak bekal tiap-tiap hari ke pejabat. kalau masak banyak, itulah menu breakfast dan lunch. jika sikit, lunch aku tapau sahaja di kantin. dinner aku dirumah, masak sendiri.

aku berhenti memasak ke pejabat apabila mula mengandung. alahan yang sangat teruk terutamanya diwaktu pagi. tidak berdaya untuk menghidu bau masakan sendiri. lagipun, aku berjauhan dengan suami.

selepas cuti bersalin, aku mula membawa bekal untuk breakfast selepas Alya berusia 6 bulan. lunch memang tapau dari kantin sebab aku perlukan makanan yang berat, nasi dan lauk-pauk kerana aku menyusukan Alya. aku bekalkan makanan untuk Alya setiap hari dari umurnya 6 bulan hingga sekarang umurnya 1tahun11bulan. aku memasak bekal untuk breakfast dan dinner hampir setiap hari.

terdiam.

aku pun seperti kamu. rakyat marhaen. kita perlu berubah. sikit-sikit pun takpe janji berterusan. aku tau nanti orang akan kondem aku. ko takpelah, anak sorang, rumah dekat dengan pejabat, bla bla bla bla.

stop blaming and stop giving excuses. please. please and please.

yang penting kita cuba untuk berubah. kalau tak boleh ubah banyak, cuba sikit dulu. yang penting mencuba. kalau korang keep on bagi excuses pun, masalah tetap tak selesai. aku tau korang tertekan. kadar inflasi semakin tinggi. kos hidup sampai tahap tak masuk akal. tapi dengan jadi keyboard warrior pun, masalah tetap takkan selesai. lebih baik korang usaha untuk tolong diri sendiri. kerajaan takkan tolong ko. except for BRIM la. itupun kalau ko layak dapat. kalau tak dapat, dok nganga jer la.

bagi aku, hutang tetap hutang. aku bersyukur sebab mak bapak aku mampu beri aku pendidikan percuma. aku tiada hutang yang besar. aku baru bebas dari hutang kereta dua bulan yang lepas. aim aku, duit yang aku guna untuk bayar loan kereta, aku nak simpan separuh, tambah duit bulanan parents dan topup saving untuk Alya.

kita kena ada peracangan. macam mana susah pun, hutang perlu dilangsaikan. aku sanggup untuk susah sikit supaya anak-anak aku senang in future. parents aku bagi free education so aku nak bagi yang sama untuk anak-anak aku.

tersenyum.

aku tidak minta korang untuk menyokong apa yang aku tulis. ini sekadar luahan rasa dan pendapat. cuma aku nak korang fikir. kalau bukan diri kita yang berubah, siapa lagi yang korang harap akan berubah

menteri? kerajaan?

entahlah. rasa macam da putus harapan. gaji menteri RM6500 diorang cakap sikit dan terpaksa ikat perut, sedangkan gaji marhaen RM2500 dikatakan cukup jika pandai urus, korang nilai dan fikirlah sendiri.

aku dah malas nak berharap.

09 October 2014

#14 - Perbelanjaan Rumah RM300 Sebulan

ekoran kenaikan harga minyak, ramai yang dok pung-pang-pung-pang kat alam maya. keyboard warrior sangat. aku taknak la tulis positif sangat sebab nanti orang kata aku keje gomen kaya raya, tak effect pun, nanti belanjawan gaji naik alhamdulillah jika benar. hidup perlu diteruskan. korang komplen banyak pun, bukan esok lusa harga minyak turun. kalau turun, alhamdulillah. kalau tak turun, korang still kena isi minyak kan. next election, korang decide la siapa korang nak pangkah. sementara nak tunggu election, meh aku nak share macam mana aku manage perbelanjaan dapur.

dulu, aku guna kaedah beli ikut suka hati dan tekak. takde budget pun. start bulan September, aku tersedar yang saving aku dah menyusut. saving aku setiap bulan mesti aku 'curi' balik bila akhir bulan. maka start September, aku guna kaedah sampul. masa tu kan lepas raya so banyak sampul duit raya Alya. aku asing siap-siap RM300 sahaja sebulan untuk beli barang basah, barang kering dan toiletries.

cukup ke RM300? 

bulan pertama over spend lebih kurang RM13. bulan kedua, nanti aku bagitau berapa over spend akhir bulan ni. cycle bulanan aku pada 25hb setiap bulan. 

macam mana aku manage? 

terangkan hati, lapangkan minda. jangan tanya how much my husband and I earn every months. remember, fokus aku sekarang ni nak share how to spend within budget untuk perbelanjaan rumah. tak kesahlah how much your salary is, yang penting how we spend our money.

Keluarga kecil. Suami, isteri, anak umur 1 tahun 11 bulan. Rumah di Taman Pauh Jaya, Perai, Pulau Pinang.

1. Beli apa yang perlu

inilah cabaran utama. aku pernah terfikir nak beli jer from Tesco Online so that aku klik-klik je nanti barang sampai depan rumah. takdelah aku terjebak dengan nafsu membeli sebab tengok barang murah semua nak beli. tapi sekarang aku slowly nak boikot Tesco so aku beralih ke Aeon Big/ Mydin. even Mydin terdekat letaknya 20km di Bertam kami still jugak pergi demi menyokong pasaraya tempatan. Pastikan sebelum pergi grocery shopping, siapkan list dulu. beli yang perlu sahaja, kehendak tolak tepi. 

2. Shopping list

Always, always, always ada shopping list before shopping dan ikut list tu masa shopping. shopping list aku ada yang penting, ada yang tak penting. aku jenis suka beli time murah dan simpan untuk stok, so kalau betul-betul murah, aku akan beli untuk stok. sebagai contoh, harini bukak Sunlight baru so dalam stok dah tinggal satu. bila pergi shopping, Sunlight tu bukan dalam high priority sebab baru bukak dan boleh tahan lama at least sebulan dan aku ada lagi sebotol in stock. tapi aku letak dalam shopping list in case ada murah. bila murah, aku akan beli banyak, before this aku beli sampai 3 botol sebab harga below RM4.00

3. Survey dan ingat harga

sekarang ni canggih tak perlu pergi setiap pasaraya survey harga. install je apps smart shopper dalam handphone canggih korang. takpun, pergi website setiap pasaraya yang berdekatan rumah korang dan download pamplet offer. bila korang boleh baca blog ni, aku assume korang semua ada access pada internet la ye. dalam apps tu dah lengkap dengan harga offer terendah yang pernah ditawarkan sebelum ni. barang-barang basah macam sayur, cili, ikan, ayam, daging tu, cuba memorize harga. kalau susah nak ingat, tulis dalam smartphone or atas buku.

4. Limitkan kekerapan ke pasar basah dan pasaraya

kita akan lebih kerap berbelanja bila selalu pergi ke pasaraya/ pasar. jadi, cuba limitkan kekerapan ke pasaraya/ pasar. kitorang hanya pergi pasaraya besar sebulan sekali dan pasar basah 2 minggu sekali. kalau rumah korang dekat dengan pasar borong, sila pergi pasar borong. even pasar borong tu ramai gila manusia, sempit, basah, lecak, kotor tapi percayalah amat berbaloi membeli di pasar borong. beza harga sangat banyak. untuk ikan, ayam, daging, aku beli stok 2 minggu. untuk sayur, beli untuk seminggu je. for alternate weekend yang kitorang tak pergi pasar borong, kitorang beli sayur di pasar pagi/ pasar malam yang lebih dekat dengan rumah. kalau terdesak, barulah aku singgah membeli di kedai runcit. mostly, harga kedai runcit memang mahal.

5. Masak di rumah

ye. dengan RM300 aku boleh masak breakfast and dinner setiap hari di rumah. dalam masa yang sama, bekalkan lunch untuk Alya. seriously, memang akan jimat banyak jika memasak. untuk dinner, ada satu main dish sama ada ikan/ayam/daging bersama dengan satu jenis sayur. if rajin, ada la menu sampingan macam telur, ikan bilis, tauhu. bagi aku, kita kena cuba kurangkan makan di luar sebab selalunya kita spend banyak on outside/takeout foods. 

6. Tulis setiap perbelanjaan

setiap kali pergi pasaraya/pasar/kedai, sila tulis atas kertas/handphone berapa banyak korang spend. ini penting untuk keep track perbelanjaan dan bole monitor kemana perginya duit korang.

7. Tulis jangkahayat penggunaan barangan/makanan

ini aku baru praktikkan. walaupun aku suka simpan stok, barang kering seperti beras/minyak masak/ tong gas aku tak simpan stok. setiap kali bukak beras baru, tulis date dibuka so korang boleh budget sekampit beras tahan berapa lama. same goes tu barang lain seperti tong gas, ubat gigi, detergen dan lain-lain. dengan cara ini, korang boleh keep track perbelanjaan bulanan.

8. Beli botol besar/kuantiti banyak/jenama murah

untuk barang pencucian, aku banyak beli di cosway bila ada offer bulanan. kadang-kadang beli 1, yang kedua dapat 50% less. beli 2, percuma 1. so kena selalu alert dengan offer yang ditawarkan setiap bulan. macam detergen, aku guna dynamo+downy, sebotol besar harga around rm20. sekarang aku bertukar ke jenama jasmin7 yang sekali beli 10kg botol besar. harga borong below rm30, isipadu 2kali ganda dynamo. so far, aku baru beli satu botol besar. cecair dia pekat dan wangi.

tu jer kot buat masa ni. nanti aku bagi tips macam mana nak simpan stok bahan makanan basah dan kering. dan juga tips penyediaan makanan setiap hari. 

07 October 2014

#13 - Alkisah Korban

salam aidiladha.

sudah kembali ke negeri mencari rezeki. Alhamdulillah perjalanan lancar pergi dan balik. tiada kesesakan luar biasa. cuma perjalanan pulang ke Melaka pada hari Sabtu penuh cabaran. jalan sesak teruk terutama selepas Nilai menuju ke R&R Seremban. sempat lagi kami berhenti padahal perjalanan dekat sahaja. lenguh kaki dan badan. mujur Alya tidur sepanjang perjalanan di carseat. mungkin penat kerana hari sebelumnya menempuh perjalanan Penang-Shah Alam. 

perjalanan yang selalunya mengambil masa sejam tiga puluh minit berganda menjadi tiga jam. kenaikan harga minyak tidak menghalang warga kota untuk pulang berhari raya. keluarga masih keutamaan. sanggup bersesak di lebuhraya berbayar semata-mata untuk bertemu keluarga tersayang. begitu tinggi nilai kekeluargaan dan kasih sayang dalam masyarakat kita. 

sesampai di kampung, sudah menginjak ke pukul 3 petang. makan tengahari baru terhidang. tersenyum lebar suamiku memandang gulai tempoyak ikan patin terhidang di atas meja. bertambah dua kali. untuk aku, cukup sekadar sambal daging. ya, sambal daging yang dimasak khas oleh makcikku untukku. yang tidak makan ikan sungai.

menginjak petang. kami keluar mencari lemang. sekadar ingin merasa lemang yang dimakan dengan rendang. raya aidiladha ini kami tidak membakar lemang. tidak cukup kakitangan sebenarnya. kemudian singgah ke kedai kek resepi rahsia menempah kek untuk harijadi adik kesayangan keesokkannya. 

malam, sekadar makan sambil berborak sambil melayan Alya.

hari raya pertama. menjamah makanan yang ada. nasi impit, kuah lodeh dan sup tulang. kemudiaan meraikan hari jadi adik bongsu. tengahari, menu nasi arab. saya dan suami bergegas pulang menuju ke rumah emak mertua untuk sambutan hari jadi anak saudara belah suami.


sesampainya di rumah emak mertua, menu hariraya sudah terhidang. perut minta diisi lagi. sekali lagi menjamu selera. kemudian, sekadar memerhati Alya bermain dengan sepupu-sepupunya.

Hari isnin, raya kedua, kami menuju ke kampung suami di Banting. ada majlis kenduri doa selamat kecil-kecilan dan majlis korban dua ekor lembu. selesai majlis sekitar 2.30 petang, kami pulang ke Shah Alam. mahu merehatkan badan dan melelapkan mata seketika. hajat dihati ingin pulang ke Penang sekitar jam 5 petang. 

dek kerana keletihan dan kain baju masih tidak sempat dikemas, kami bertolak ketika jam menghampiri pukul 6.00 petang. perjalanan lancar dan cuaca pun baik. Alya tertidur kepenatan ketika perjalanan baru menghampiri Tanjung Malim. lega rasanya kerana beliau tidak mengamuk. melalui terowong Menora dan lebuhraya berbukit yang bersimpang siur, hati sedikit risau. berdoa di dalam hati mudah-mudahan perjalanan di permudahkan.



Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah sekitar jam 10.15malam. mengangkat barang, berkemas lebih dan kurang dan menyediakan persiapan memasak untuk bekal Alya ke nursery. 

Hari ini, sudah kembali ke meja tempat mencari rezeki. InsyaALLAH akan kembali ke negeri tempat saya dan suami dibesarkan bulan hadapan. sejauh mana merantau, kami tetap berdoa semoga satu hari nanti, ada peluang dan rezeki untuk kami pulang ke kampung halaman. bukan tidak suka, bukan tidak seronok, tapi sejauh mana kami merantau, bandaraya Shah Alam masih kampung bagi kami. mudah-mudahan rezeki itu ada untuk kami. Amin.

p/s - entry sedikit formal dan baku. masih ber'mode' jiwang homesick hari raya.

01 October 2014

#11 - Kisah Taska

Alhamdulillah. selama aku menghantar Alya ke taska, tak pernah lagi ada isu-isu besar yang terjadi. setakat berjangkit selsema dan batuk tu lain cerita. memang kerap sangat lebih-lebih lagi masa umur dia bawah setahun. hampir setiap bulan ke klinik. warded sekali kat DEMC masa umur 11 bulan. itu sahaja.

pernah sekali Alya balik nursery ada kesan garisan merah macam berbirat dekat peha dia. aku amek gambar banyak-banyak. tunjuk kat husband. aku tanya teacher dia tapi teacher dia kata takde pulak kesan apa-apa. dia cakap esok diorang nak tengok kesan macam mana. aku risau, teacher dia pun risau. dah la masa tu teacher Nisya tu memang kesayangan Alya. teacher lain semua taknak nak teacher Nisya jeeee. esoknya bangun tidur aku tengok kesan tu totally hilang dan kes tu selesai kat situ.

after 2 weeks camtu, kesan garisan merah tu ada balik. tapi kali ni masa weekend and tak hantar Alya ke nursery. rupa-rupanya barulah perasan getah yang mencengkam hujung seluar tu yang menyebabkan kesan berbirat merah tu. mungkin getah tu ketat sangat cengkam kat peha Alya so meninggalkan kesan.

satu lagi kes yang kerap terjadi di nursery ialah anak kena pukul/cubit/gigit dengan kawan-kawan. Alya pernah melalui fasa menggigit. tapi tak lama dan tak kerap. dia pernah gigit aku 2,3 kali bila aku tak layan dia masa dok tengah buat kerja dapur or memasak. bila dia dah geram mintak dukung aku tak layan, nanti dia akan gigit peha aku. selalunya tindakan refleks aku ialah jentik pipi/ mulut/ bibir dia. bukanlah kuat tapi sekadar mengajar. selain dari aku, yang pernah kena gigit kakak sepupu dia, Insyirah. aku syak dia belajar menggigit dekat nursery daripada budak-budak lain.

kes gigit ni tak habis sekadar di rumah. akhirnya berjangkit ke nursery. perkara yang aku takutkan terjadi. Alya gigit kawan kat nursery. ohhhh myyyy. kali pertama, dia gigit Amru. Amru ni anak officemate aku, Kak Anis. bulat lebam kaler merah lengan anak orang tu kena gigitan Alya. dah la Amru tu putih melepak lagi la nampak kesan. sebab kena gigit, Amru dok main botol susu dia dan ambil bantal peluk dia. apalagi, kena gigit la jawabnya.

dan ianya tidak berakhir lagi. kali kedua lagilah teruk. Amru dan Aqil kena gigit dengan Alya. Aqil ni aku tak kenal siapa parents dia. diorang dua kena gigit kat belakang badan, Amru 2 bekas gigitan, Aqil 5 bekas gigitan. puncanya berebut mainan. haissshhhh. aku dengar urut dada. why u so garang Alya? ummi shame already. actually Alya, Amru dan Aqil ni geng baik kat nursery. main bertiga, makan bertiga. pendek kata, sorang tak tido, tiga-tiga tak tido la. memang geng baik la. tapi bila bergaduh, welll, Alya la yang selalu menang dan diorang berdua jadi mangsa. hahaha.

tu dua kali je Alya gigit budak kat nursery. last week, gilirang dia kena gigit/cubit. ada kesan sikit kat tangan dia. dia dok tunjuk kat aku sambil cakap ' kit, kit'. Alya belum boleh cakap, so sikit-sikit boleh la. paham la sikit-sikit. aku tanya sakit kat mana, dia tunjuk bekas gigitan/cubitan tu. aku tanya, siapa buat? dia sebut tah apa aku tak paham. then aku tanya lagi, Alya buat apa dulu kat dia? dia senyap kejap. pastu sebut 'kit, kit'. aku tanya lagi sekali, Alya buat siapa? Alya berebut apa? dia senyap, pandang aku, pastu terus gi depan main lego blocks. aku tau dah mesti dia buat orang lain dulu.

bila husband aku balik, aku cerita la kat husband aku. pastu husband aku plak tanya, sakit kat mana? terus dia tunjuk bekas tu sambil ngadu tah apa-apa. bila husband aku tanya, Alya buat apa sampai kena macam ni? terus dia buat taktau main benda lain. hahaha. nampak tak disini. aku takdelah tak kesian kat anak tapi aku tau anak aku macam mana. dia jenis taknak share barang-barang dia tapi barang-barang orang lain dia sibuk nak main jugak. lagipun dia pernah gigit anak orang. aku tau yang dia paham apa aku cakap so aku tanya dulu apa yang jadi.

bila hari Isnin, aku tanya teacher dia apa yang jadi, dan seperti yang aku jangka, diorang bergaduh berebut toys, so, sebab dua-dua taknak mengalah, budah sorang lagi tu gigit la Alya. pastu aku tanya, dia gigit balik tak budak tu? teacher cakap tak sempat sebab teacher sempat leraikan pergaduhan tu. rasa macam kelakar pulak bila teacher cakap camtu. hihihi.

tu jerla aku rasa kes yang besar pernah jadi kat Alya since Alya duduk nursery masa umur 3 bulan hingga sekarang nak masuk 1 tahun 11 bulan.

selain daripada tu, Alhamdulillah Alya dijaga dengan baik. nak kata sempurna perfect tiptop tu tidaklah. sedangkan aku jaga pun ada yang tak betul dan Alya pun kadang-kadang kena jentik jugak, inikan pula bila aku tinggalkan Alya dalam jagaan orang lain. aku tau dekat nursery Alya pernah kena marah, pernah kena 'time-out' bila dia buat perangai mengada-ngada, dan aku pernah pesan kat teacher dia untuk jentik sikit mulut dia kalau dia gigit anak orang (cuma aku tak pernah tanya sama ada teacher dia pernah jentik atau pun tak). setiap pagi aku hantar Alya dengan tak mandi, tapi tak pernah Alya balik dalam keadaan tak mandi. baju ditukar, lampin ditukar, rambut disikat dan ditocang so bagi aku, semua tu dah consider terbaik bagi aku.

aku cuba sedaya upaya untuk mudahkan teacher Alya. Alya masih minum susu badan so aku asingkan siap-siap susu dia cukup-cukup untuk sekali minum. Alya pakai cloth diaper so aku pastikan cloth diaper sentiasa cukup, wetbag dibekalkan dan teacher tak perlu buang/basuh najis Alya. aku sediakan foods untuk bekal Alya dari umur dia 6 bulan sampai sekarang setiap hari. daripada dia makan puri, ke bubur, ke nasi dan lauk-pauk, biskut, kek, hinggalah ke air kosong semua aku sediakan.

sekali sekala, aku bagi buah tangan untuk teacher Alya. tak perlu yang susah-susah pun. bila pergi kemana-mana, aku belikan jugak sedikit buah tangan. kadang-kadang coklat, kek, buah, keropok atau apa-apa yang senang.

aku tidak kata nursery anak aku terbaik tapi aku sentiasa berdoa Alya sentiasa dalam jagaan dan lindunganNya. berita bayi dan kanak-kanak didera dan dipukul kadang-kala menyesakkan dada dan fikiran. aku cuba positif dan berfikir yang baik-baik. selalu berdoa semoga Alya di dalam jagaan orang yang baik-baik, penyabar dan sayangkan kanak-kanak.

Alhamdulillah, Alya tidak meragam bila ke nursery. sebagaimana dia seronok dan gembira ke nursery pada waktu pagi (kecuali bila dia mengantuk/bad mood), sebegitu jugaklah dia seronok dan gembira melihat aku dimuka pintu nursery setiap petang. bak kata seorang teman,

"Biar kita penat jaga anak orang (student-student), harap nanti orang jaga anak kita baik-baik"


Amin.